Ramadhan telah berjalan 4 hari... Tok Ketua kampung semakin resah.... ada dekat 20 orang tersadai kat kampung Teluk Sagu... wasap semakin kerap minta campurtangan ketua Kampung untuk benarkan dia orang balik ke Kuala Rumbia.... macam2 alasan diberi tapi belum ada rezeki nak balik kerana PKP....

Cik Kiah yang cerdik skit kerana ada sijil master berkira2 kalau nak hantar 20 orang balik Kuala Rumbia perlu guna bas la gamaknya... dah diberitahu pada YB Kulup... cuma YB pun takut kena tangkap kalau langgar PKP... tapi sempatla YB bagi bantuan beras seorang 10Kg awal PKP... sib baik masa tu lum lagi orang sibuk pasal jarak sosial dan paling viral pun pasal minum air suam ja... banyak juga gambar Cik Kiah dengan YB Kulup masa bagi bantuan beras... cuma YB dah bagi syarat... jangan up kat FB takut sangat dia kat bininya yang garang .... Cik Kiah angguk ja...
Mejar Mail pun berkenan dengan Cik Kiah... walaupun Cik Kiah nie dah masuk siri 40... ada je akai Mejar Mail nak rapat dengan Cik Kiah... ada ja alasan nak Cik Kiah mai opis Ketua kampung suruh buat kerja2 kerani... kadang2 disuruhnya datang ... yang disuruh buat wasap dan FB pada penduduk kampung pasal dia menebas jalan kampung... nak je viral cerita tiap hari...
Semalam Cik Kiah dapat khabar gembira... Boleh dah hantar orang Kuala Rumbia balik guna Bas... melompat Cik Kiah tepon Ramasamy suruh bersedia dengan bas 40 seat... disuruhnya cari bas yang lawa... siap pukul 9 pagi bertolak katanya... 20 orang orang kampung pun melompat sakan ... seronok dapat balik kampung sendiri...


last sekali kul 11.30 bas bergerak... pukul 12.30 bas pun sampai kampung Kuala Rumbia... bukan jauh pun... Tapi rakyat taat PKP....
balik main game kat rumah musim PKP... depa la kata... tuan director tulih ja....
Adios Amigos
No comments:
Post a Comment