salam 2 all,
semalam saya teruja kerana berjumpa insan yang tak jemu2 saya membaca beritanya bermula ketika berumur 10 tahun. Bapa saya membeli akhbar berita harian dan utusan melayu bertahun ketika saya kecil, entah apa yang merasuk arwah Pak sehingga akhbar jawi dan rumi bertandang ke rumah saban hari tanpa jemu.
Pengalaman membaca mengenai Tun M pada 1980, hahahaha kerana usia 10 tahun baru saya mula pandai membaca .... dan 1982 saya sudah lancar .... berebut setiap hari untuk membaca akhbar adalah nikmat yang saya rindukan...
Semalam wajah yang dulu tegang menjadi kendur pada tatapan saya... namun semangat Tun M tiada yang kendur tetapi saya lihat masih membara pada matanya.. senyuman manis tidak dapat melindungi tekad dan semangat kuat Tun...
banyak peringatan menarik yang disampaikan oleh Tun M pada tanggal 4 Disember 2018 waktunya 17.15 petang di Jabatan Perdana Menteri... Tun mengimbau kembali pengalaman dirinya pada waktu remaja dan mengatakan di pekan Alor Star ketika itu orang melayu hanya ada satu setengah buah kedai.... sebuah adalah kedai orang terangganu yang menjual barangan tembaga dan songket, separuh kedai pula adalah kawan Tun yang menjual kitab ....
Untuk itu Tun mengingatkan semua yang hadir, hanya sikap rajin dapat mengubah orang melayu dan meningkatkan pencapaian mereka dalam kehidupan. Tun M memberi contoh bagaimana berpuluh tahun dulu orang cina yang rajin akhirnya menguasai ekonomi negara dan terkini orang Bangla yang rajin secara pelahan-lahan sedang membuat perkara yang sama dalam negara kita
Kedua ingatan adalah amanah... Tun M mengingatkan semua bahawa sifat amanah dalam pelaksanaan tugasan dan kerja amat penting... Jangan sesekali terlibat rasuah.... rasuah yang sedikit demi sedikit diterima akhirnya tidak akan cukup.... kita akhirnya akan memcuri untuk memenuhi keinginan nafsu...
Ketiga Tun mengingatkan bagaimana bangsa Jepun akhirnya berjaya walaupun diuji dengan bom atom... bukan sebiji tapi dua... sifatnya adalah disiplin... orang yang ingin berjaya perlu ada disiplin yang kuat.. walaupun kita berdiri di atas tanah yang mempunyai emas... tanpa kerajinan, amanah dan disiplin kita akan gagal....
akhirnya... yang menginsafkan saya... Tun M mengatakan bahawa semangatnya terus membakar kerana malu melihat kelemahan dan kemunduran bangsa sendiri... selagi kita ada rasa malu kerana kelemahan kita akan terus berjuang untuk membaiki diri kita tanpa jemu .....
P/S .... adakah tiangseriRajaBadut dan ibundaMaklong ada rasa malu dengan apa yang diperbuat di jajahan selama... adakah mereka rajin, amanah dan disiplin dalam hal-hal lantikan pang5perang ataupun bernafsu nafsi... akhir kalam... apa khabar negeri atas angin kangaru agak2nya sekarang...
Adios Amigos
https://azmanlk1.blogspot.com/2009/12/siapa-yang-kayasiapa-pula-yang.html
No comments:
Post a Comment