November 26, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 2

salam 2 all...

Ammar anak kedua saya sedang mengambil peperiksaan SPM... mcm2 perubahan yang saya dapat lihat apabila manusia menghadapi ujian... Ammar menjadi rajin bukan sahaja hal peperiksaan dan pelajaran sebaliknya rajin juga beribadat... manusia rupanya dalam semua keadaan ujian akan kembali semula mengadap penciptaNya untuk mengadu hal dan permintaan.

Anak ke3 saya seorang gadis kini... telahpun mendapat keputusan peperiksaan sekolah agama, walaupun keputusannya tidak mengembirakannya namun saya tetap berbangga kerana pengetahuan agamanya lebih baik daripada saya ketika sama usia dengannya

Ujian datang dan pergi bersama keputusan yang kita suka dan meraikannya atau bersedih lalu menyalahkan pelbagai pihak... namun harus diangat berkali-kali dalam keinginan mencapai impian dan keputusan yang kita suka ... anak2 saya diingatkan jangan sesekali menipu, berbohong apatah lagi mencuri... sebagai bapa saya ingatkan berkali-kali perkara yang merugikan ini.

Jajahan Selama riuh rendah dengan isu si pencuri cita... askar dan pang5perang mengadu dan membawang serata ceruk... dari lembah ke gunung dari timur ke barat ... dari pucuk tertinggi ke rantaian rumput di kaki...

Semuanya kerana IbundaMaklong dituduh memcuri cita... diberi persalinan kepada budak suruhan kesayangan walaupun budakya tentera yang tiada perwira... diangkat budak menjadi pang5perang walaupun tarian perangnya sumbang dan pincang... hampir tiada rasa malu ibundaMaklong berhujah dan mewajarkan pilihan... 

IbundaMaklong sembang kencang... gertak dan takutkan orang... hahahahaha... itu memang tn director kenal sangat... bukan sehari bersama mengarah dan berlakon... terkini ibundaMaklong kumpul semua pang5perang yang disayangi dalam kubu sendiri... untuk apa... untuk berperang atau bertahan dari serangan...

akan tiba masa... IbundaMaklong akan disailang dan dipailang oleh pang5perang sendiri... suhu panas dalam hujan berterusan masih berbahang di Jajahan Selama... mengundang benci bertali...

P/S... Apa khabar TiangseriRajabadut... dengar cerita membawa pang5perang berbulan madu... aiseyman..... Adios Amigos

https://azmanlk1.blogspot.com/2009/10/panglima-perang-siparangkontot.html

November 15, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 1

slm 2 all

sungguh menarik untuk tinggal di kuala kangsar, makanan dan manusianya sangat magnetik sekali... dialek kualenya memang sangat mekaklimahkan suasana. tambahan lagi bandar diraja dipakai pada hujung nama bandarnya menimbulkan lagi keseronokkan.

sesekali laluan menuju ke bandar hingar bingar dengan siren, bagi yang lama di bandar ini pasti tahu itu pertanda Raja sudah sampai atau Raja ingin berpergian... bulatan jam yang dihiasi bunga pun akan berubah tiap kali adanya keberangkatan Raja... bandar ini tentu saja mati tanpa Raja Bersemayam...

saya teringat semasa kecil dulu, bermain bola merupakan keseronokkan luar biasa... ketika bersekolah rendah... padang yang ada dikampung saya hanya tanah bendang kepunyaan penduduk.. kami yang kecil-kecil dan seusia 8-12 terpaksa membuat sendiri tiang gol daripada buluh minyak tepi sungai kerian, menebang dan cukup menyacak 2 batang buluh sudah menjadi tiang gol yang menarik

Tiap kali balik ke kampung bukit bertam dan melalui kawasan sawah tersebut saya akan kembali teringat bertapa indahnya suasana ketika kecil dan bendang itu terasa sangat luas... sekarang bendang ini masih wujud ... tapi penuh dengan pokok kelapa sawit
    
lama juga tuan director tidak membuat filem, banyak punca sebenarnya... suasana aman jajahan selama antara puncanya... semalam ada tentera upahan hantar maklumat... Aloha Seri Muka dah lama tak bagi maklumat... maklumla sejak naik pangkat dan berpindah divesyen... aloha Seri Muka macam dah berlagak... 

Tertiba semalam Aloha Seri Muka  tiba-tiba berahi sekali, mesejnya sangat banyak dan bertubi, macam tak cukup plak ruang wasap nak dibedalnya dengan mesej... habis semua papan kekunci hp buatan china dihembur termasuk @#$%^&*+... tuan director pun nak tergelak... gelojoh sangat nak bercerita

Dalam marah-marah dan makian Aloha Seri Muka tu... tn director cuba nak faham... awat yang jadi lagu tu... rupa-rupa bab permakaian seragam baru pang5perangmacho... kah23... ramai pang5perang angin pasai IbundaMaklong tanpa segan silu bagi seragam baru pada pang5perangmacho... lama dah cerita ni berjalan rupanya... cuma kali ni ibundaMaklong tanpa rasa segan mencurahkan rasa berahi pada anak muda pang5perangmacho tanpa malu-malu... terus bagi persalinan baru... kecewa la pang5perangmukajahanam... mana nak cari makan...

tuan director dah faham sangat bab pemakaian seragam yang dibuat sesuka hati... tapi zaman chahketing semua nampak ok... penyakit berahi pada pang5perangmacho hanya bermula zaman IbundaMaklong saja... mungkinkah ibunda sedang mancing anak ikan... hihihi..

P/S... semalam tiangserirajabadut buat persembahan... terpaksa import penyanyi dan tawar hadiah nak tarik penonton... tiangserirajabadut patut letak jawatan sahaja... lawak hang dah tak laku