August 28, 2016

SEMBANG BILIK 712 # season 2 episode 12

salam 2 all,

hari ini anak perempuan tunggal saya memaklumkan untuk bercuti... semalam pun telah berbunga-bunga menyatakan bahawa dia sakit belakang dan bahu... sebagai bapa saya faham dan diam sahaja.. pagi tadi saya dapat nampak Uzma memakai pakaian biasa.. sahlah bahawa sakitnya masih berbaki setelah seharian mengikut saya berkereta ke kuala lumpur dan sebagainya.

10 tahun lepas... uzma yang berusia 50 hari dibawa menginap di hotel Concorde Shah Alam kerana saya diminta hadir bertugas... selama 3 hari 2 malam... uzma menangis berterusan sepanjang saya tinggal di situ... saya dan isteri habis ikhtiar untuk mendiamkan anak kecil ini... 2 sahaja saya syak... sejuk atau perutnya kembong... tingkat 7 bergema dengan tangisan uzma... setiap kali saya berjalan pulang ke bilik saya terdengar tangisannya... tiada yang terkecuali...

Hari ini anak ini telah menginjak usia 10 tahun... dalam usia sebegini tangisannya jarang sangat didengar kecuali akibat disakat abang2nya.. atau berebut sesuatu dengan Ahmad Izzfahim... petang ini sudah tentu dia bercuti sekolah petang dan adiknya mendapat pengecualian yang sama..

Tuan director dihubungi agak lewat untuk hadir bersembang... dalam kepala hanya berpusing2 ...kenapa nama diseru... Jajahan Selama membuat pemukiman yang terakhir bawah pimpinan TiangseriSungaiSeputih.... yang dijemput pula TiangseriSungaiBayu dan Ex3abdul1... terasa ada sesuatu yang bakal berlaku... soalan pertama ialah ada ramai Ex3abdul... kenapa hanya seorang sahaja dijemput... tentu kerana Ex3abdul1 ini istimewa sebagai penyokong no wahidnya...

TiangseriSungaiBayu pula kenapa sebabnya turut dijemput... adakah kerana sokongannya diperlukan untuk menyambung hayat sebagai Tiangseri yang tamatnya tempoh hari ini... Tuan Director terasa ada yang tak kena...... lebih curiga kerana selama era TiangseriSungaiSeputih.... TiangseriSungaiBayu dilayan umpama kain buruk sahaja.... cuma kekadang diangkat menjadi perca kain untuk menampung baju koyak Jajahan Selama...

Tuang director dikhabarkan bahawa pemukiman ini telah dibatalkan... TiangseriSungaiSeputih dan 3Abdul3 membantah kerana merasakan masanya tidak sesuai... namun kumpulan wawasan telah berkempen dengan Pang5besaradamasyuk bahawa pemukiman perlu untuk membuat perubahan sebelum TiangseriSungaiAirItam berkuasa... agenda ini dikuatkan lagi dengan Pang5besartanggukikan dan Dayang Diraja.... mungkinkah pemukiman ini diselit atau terselit agenda rahsia...

sesampai sahaja di balai jamuan... tuan director memilih sudut terasing... menunggu cendawan sisir yang mengajak bersembang... hahahhah... tepat sekali tekaan tuan director... perebutan sengit untuk menguasai kadang kambing Parent Stock sedang hangat berlangsung... tikaman dan rejaman lembing 3Abdul1 telah dihalakan kepada 3Abdul3... dilaporkan cedera parah 3abdul3... namun pukulan ngauman singa oleh 3Abdul3 juga hebat dan mencederakan lawannya... sehingga TiangseriSungaiSeputih terpaksa campurtangan.... menghentikan pertarungan...

Akhirnya undian sulit dijalankan tanpa kehadiran kedua2  3Abdul.... Ketua2 cendawan hadir menyuarakan undian mereka... 3Abdul1 dan 3Abdul2 tidak dijemput sebaliknya dilarang untuk hadir menyaksi debat siapa yang akan memiliki Kandang Kambing Parent Stock... Ex3Abdul1 kah yang punya cadangan....

Dalam kekecohan dan kesungguhan untuk membina Jajahan Selama yang baru.... dikhabarkan Sitangguk dan Siadamasyuk cuba menyelit agenda mereka... membawa masuk Skuad Welfare dalam gengaman mereka... apakah tujuan sebenar mereka... adakah kerana kontrak ladam kuda.. atau pelana... atau baju besi yang sebenarnya diidamkan... dengarnya beribu lemon juga nilainya... sambil menyelam nak minum air ye...

Tuan director juga dikhabarkan tertiba Sitangguk hilang selepas puas berkeroncong dengan pasangan semalam... sehingga Pang5perangganukita terpaksa menjawab kepada ketua2 cendawan... kemana menghilangnya Pang5besarsitanggukikan.... adakah ketika hilang dibawa bersamanya Pang5perangAmoisiam.... semakin panas nampaknya peperangan jajahan


P/s .... ada orang nak tutup... ada orang nak buka.... ada yang bantah.... ada yang sokong... semua hanya poyo.... TiangseriSungaiSeputih c u in court.... kah23

adios amigos



        

No comments:

Post a Comment