salam 2 all,
saya sangat merindui musim menuai padi, aroma padi sentiasa dekat pada saya, hidung saya sangat akrab dengan bau-bau yang biasa dengan padi, bau padi ditumbuk lesung kaki atau emping digoreng. bercakap tentang musim menuai juga teringat akan orang-orang yang di letakkan di sekitar sawah untuk menghalau burung ciak atau tempua yang cukup berahi dengan padi menguning.
hidup bertani padi bukan senang, tulang empat kerat cukup teruji apabila mengerjakannya. musim membajak bermula apabila hujan mula turun. rata-rata orang kampung saya mempunyai 2 pekerjaan, tak dapat menoreh mereka bersawah pula. selesai membajak mengunakan kerbau, selalunya diuruskan pula batas sawah untuk mengelak sawah kering kerana air mengalir keluar dari petak sawah.
musim menanam kaum hawa paling sibuk menempatkan diri di sawah, sehabis menanam tentu saja merumput dan meracun menjadi rutin tetap kaum bapa, belum lagi membaja. paling teruja bila bunga padi mula meneran dari batang padi. apabila padi makin tunduk kerana buntingnya.. datang pula tempua minta disuapkan. ketika ini saya suka berada di sawah melihat pelbagai orang-orang yang di pacak sana sini. yang paling menghiburkan apabila orang-orang disambung mengunakan tali plastik dan dipasang loceng tin susu untuk menghalau tempua. bunyi orang bertempik dan segala suasana di sawah cukup meriah pabila padi menguning.
tuan director terkadang cukup terhibur dengan telatah 3abdul3 yang sentiasa bercakap dan berucap ini, teringat tuk dalang wayang gedek (kulit) yang asyik bercerita tentang etong dan ekau. hahahahahahahaa tiap kali bermulanya mesyuwarah, 3abdul sorang nie tak betah duduk diam, ada saja komen dan ceritanya. terkadang melihat muka tiangserisungaibayu yang seakan boring sangat dengan gelagat 3abdul3.... terfikir tuan director akan nasib tiangserisungaibayu yang sentiasa silap percaturan membawa regu untuk jajahan selama.
gelagat 3abdul3 memang dapat dijangka, sentiasa ingin popular menyebabkan banyak arahan dibuat kepada pang5perang dan tuanpendita agar namanya jangan lupa diangkat dan dijulang dalam semua acara kaji mengkaji. kalau ditanya karam singh tentunya perumpamaan yang dapat diucap sambil mengangkat tangan ialah bertelur sebiji riuh sekampung, berkokok nyaring ekor bergelumang tahi.
Belajar lah dari 3abdul3 terdahulu berapa banyak acara kaji-mengkaji yang diperbuat, tidak pun riak dan takbur yang terucap dari mulutnya. umpama menanam padi tentu sahaja bukan sehari menanam langsung esoknya berbuat lebat dan berat. sekiranya 3abdul3 tak tahu malu mencanangkan hasil kerja 3abdul3 sebagai hasil kerjanya maka belajarlah dari resmi padi semakin tunduk semakin berisi, bukan umpama tong kosong yang dipalu pengodam.
ingatan tuan director cukup mudah, berhentilah dari mendesak dibina tugu dan batu peringatan untuk mengambarkan kejayaan diri hail kerja orang lain. jangan umpama jadinya serupa pesawah membuat orang-orang untuk menakutkan pemangsa. bukan apa takut nanti semua tugu-tugu bukan menambah kagum akan orang tetapi menjadi bahan benci dan meluat warga jajahan.
p/s : Pusingan mengangkat pang5perangtanggukikan sebagai pang5besar telah bermula. khabar jamal pak tongkol mengatakan bahawa 2 hakim yang akan mengadili perlawanan antara sitangguk dan siabangbesar ialah tuanpenasihatkhutubkhanah dan tuanpenasihatadamasyuk.... hehehehehe keduanya telahpun memakan sireh beracun yang mengahalang mereka bercakap benar apabila berkaitan dengan kehendak tuanpunahsihatsiparangkontot.... maka sebelum acara beradu bermula warga jajahan selama yang mau bertaruh bolehlah bertaruh pemenangnya sitangguk..... yang nie juga akan serupa apabila chahketing diangkat dulu.... adios amigos
gelagat 3abdul3 memang dapat dijangka, sentiasa ingin popular menyebabkan banyak arahan dibuat kepada pang5perang dan tuanpendita agar namanya jangan lupa diangkat dan dijulang dalam semua acara kaji mengkaji.
ReplyDeleteSETUJU!!! RAMAI YG SUDAH MULAI MENYAMPAH DIA.
Belajar lah dari 3abdul3 terdahulu berapa banyak acara kaji-mengkaji yang diperbuat, tidak pun riak dan takbur yang terucap dari mulutnya.
TAK SETUJU!!! mantan 3abdul3 sama jugak perangainya, hanya dia kurang petah macam 3abdul3 skrg. saya dengar dia bergoyang kaki dapat gaji buta seorang pendita semester lepas direstui oleh ketua jab yg muda yg tiada pengalaman.