salam 2 all,
semasa tingkatan 6, subjek bahasa melayu dan sastera disatukan. mahu tidak mahu saya yang tidak berminat untuk belajar diploma kejuruteraan awam di utm walaupun ditawarkan, kembali ke sekolah menengah sultan badlishah untuk mengambil STPM aliran sastera.
ketika ini lah saya berjumpa kembali rakan-rakan lama dari sekolah menengah mahang. fadzli, hasni, rohani, dan suhaida. beberapa rakan baru membentuk team rumah sewa di kg padang kulim... aziz, zul, sayuti n muin. hahahahahahaha masih tak jumpa kini walaupun dalam facebook.
belajar sastera memberi perasaan yang cukup mendalam tentang nilai baik dan buruk manusia, watak hitam dan putih dipaparkan dengan jelas seumpama dalam filem-filem tahun 50an. ketika itu watak diangkat dengan mudah sama ada baik atau jahat, pengajaran yang diperolehi amat jelas buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas hukuman. tontonla Penarik Beca dan lihatlah bagaimana watak p ramlee menewaskan watak saleh kami atau tonton juga Bara bagaimana watak rosham nor ditewaskan watak awie.
saya berpeluang untuk membaca hikayat hang tuah, sejarah melayu, keluarga gerila, sedikit luar biasa mungkin dengan novel Faridah Hanum karya Syed Syeikh al-Hadi, semuanya watak baik berjaya diakhiran cerita. jarang sekali watak kelabu wujud, kalau pun ada akhirnya dia seolah dilahir semula dan menjadi baik. permahaman saya mudah, semua penulis melayu islam bersetuju bahawa watak baik akan menang kalau pun bukan di dunia tetapi tetap mendapat pulangan baik di akhirat, itu kesimpulan saya kerana sastera juga meningkatkan pemahaman islam dalam diri saya juga. terima kasih kepada guru sastera saya ....cikgu ahmad sulong yang amat la garang orangnya....
tuan director berpeluang dalam pembikinan filempendek berjumpa dengan bekas pang5perang. dari dulu tuan director amat hairan kenapa pang5perangtua ini tidak naik pangkat, cuma pencen dengan gred terendah pang5perang. akhirnya setelah berjumpa beberapa pang5 lama, baru lah ceritanya menjadi jelas... rupa2nya satu ketika dulu hanya terdapat 2 pang5perang yang berebut jajahan selama, seorang digelar pang5perangsikontot dan seorang lagi pang5perangtua... gerak geri pencak silat keduanya untuk mendapat tempat di jajahan selama.
pertempuran kedua2 pang5 nie memang penuh dengan muslihat, kalau pang5perangtua berjaya mendekatkan diri dengan tok empat jajahan selama yang pertama, pang5perangkontot pula berjaya dengan tok empat kedua. pertempuran keduanya khabarnya berjaya dimenangi oleh sikontot apabila sikontot dengan tanpa belas ehsan menyembelih demang pertama, setelah tersingkirnya demang pertama, pang5perangsikontot yang baik dengan tok empat kedua kini dinaikkan pangkat pang5nya dengan gelaran tuanpenasihatsiparangkontot, dendamnya terhadap pertentangan dahulu dimutakhirkan dengan menghukum pang5perangtua dengan dibuang ke hujung jajahan, hidup bersendiri dengan bertapa diri sehingga bersara.
kejayaan menghukum pang5perangtua membuat tuanpenasihatsiparangkontot semakin begis dan kejam, kekejamannya diselindung konon2nya dengan sifat baik hati dan mesranya....terutama dengan anak-anak gadis....hehehehehehe sifat demang memang macam tu kalau tak percaya tonton saja filem melayu dolu-dolu. kini tuanpenasihatsiparangkontot menguasai seluruh jajahan selama, tok empat hanya boneka... umpama pupet yang diarah itu dan ini.
kuasa ditangan demang umpaman kuku ditangan harimau, habis dicalarnya semua musuh-musuh dirinya. mana-mana pang5perang yang menunjukkan belangnya akan diterkam dan dikekahnya.... tiada belas kasihanpun.... pang5perang yang boleh duduk dan tunduk sahaja akan dibelanya... dibiarkan pang5perang yang taat dan tunduk sahaja berada disekitarnya. kalau ada yang berani melawan semuanya akan dihukum.... dalam banyak kes hanya tumbuk rusuk dan tikam belakang yang berani dibuat oleh tuanpunahsihatsiparangkontot terhadap saingannya.
terbaru pang5perangdagangpakmalau telah dihalau keluar dari kem kandang kambing, hahahahaha nampaknya tuanpunasihatsiparangkontot cuba menekan 3abdul2... pelahan-lahan semua pang5perang 3abdul2 yang berkebolehan disepak keluar dan dijauhdiri dari 3abdul2. taktik ini memang terbiasa diperbuat oleh tuanpunahsihatsiparangkontot. pantang dirinya melihat mana-mana tuanpenasihat lain mempunyai ayam tambatan....mungkin takut ayam daging dirinya iaitu pang5perangtanggukikan dilibas barangkali dalam mana-mana pertempuran.
P/S : suka tuan director mengira bagi pihak tuanpunahsihatsiparangkontot akan dosanya kerana tidak menaikkan pangkat mana-mana pang5perang yang layak dari sudut wang. contohnya pang5perangtua. akibat kelicikan tuanpunahsihat RM1000 tidak dapat dinikmat oleh pang5perangtua selama 10 tahun. jumlahnya 1000x12x10 iaitu rm120,000. setelah berpencen kerana tiada kenaikan pangkat walaupun layak pang5perangtua hilang pula rm500.... amik kira pencen yg dinikmati untuk 20 tahun.. jumlahnya rm120,000. jumlah seluruhnya 240k. bagaimana 240k ini kalau ditukar kebentuk dosa......huhuhuhuhuhuhu 240 ribu dosa beb... kalau lantik orang tak layak pula bagaimana.... hehehehehehe u tanggungla semua..... hitam putih kehidupan.... heheheheheheheeh lalalalalalalalalalala adios amigos
No comments:
Post a Comment