November 08, 2010

ISTIADAT mandi minyak

salam 2 all,

sebenarnya tajuk filem pendek ini sengaja diperam lama untuk mendapatkan maklumat tambahan, namun tuan director agak sukar untuk mendapat bahan kebelakangan ini untuk dibuat skrip, mahu tak mahu terpaksa la filem pendek ini menerjah untuk tatapan pengemar
sekelian

tuan director pada awal dulu beranggapan bahawa istiadat mandi minyak ini takkan dihadiri oleh tiangserisungaibayu kerana telah habis kontrak. namun apa nak buat kan, pelakon sehebat dia memang sukar nak bersara kalau ada permintaan terutama apabila campurtangan kakmah taukey permata bersama apek sayur pulau mutiara yang terus-terusan menekan Kumpulan
Perfileman Tayang Menayang untuk mengekal tiangserisungaibayu. Tapi kalau rajin dengar la nasihat kawan sebelah tu apabila masanya sudah tiba

dengar ceritanya tiangserisungaibayu telah mengarah bahawa semua senator dan wakil ketua jajahan luar naik pentas pada istiadat mandi minyak....ramai tu...tak kurang 70 orang...tak takut ke pentas roboh...dan kerusi semua mahaguru ini dikecikkan saiz untuk muat semua orang ini...kelakar la pendekatan kecilkan saiz kerusi untuk muatkan ramai orang...mana tiangserisungaibayu belajar...dari syarikat penerbangan tambang murah ke...huhuhu berapa tuanpenasihatenjinnyior belanja untuk penuhi impian tiangserisungaibayu nie...

keduanya tentang latihan istiadat mandi minyak, paling kelakar apabila melihat tiangserisungaibayu mengarahkan-arah latihan tersebut termasuklah pelakon yang melakonkan watak dirinya ...ini lah keabjaiban di jajahan selama...pergilah ke mana2 tempat didunia untuk melihat latihan istiadat..hanya yang tak dapat hadir sahaja patut diletakkan pelakon ganti ...sekiranya pelakon sebenar
hadir...ini lah peluang untuk dia berlatih ...patutlah tiap tahun tiangserisungaibayu tersalah lorong, tersalah kerusi, tersalah berucap, tersalah bangun dan tersalah bertindak ...sebabnya cuma satu ...dia sibuk membetulkan lakonan orang lain tanpa melihat lakonan dirinya sendiri....

ketiganya tentang kanun istiadat mandi minyak yang dibuat oleh pang5perangserimauhitam ...kanun ini bukanlah kerja baru oleh pang5perangserimauhitam.. bertahun2 dia membuatnya.. tuan director pun pernah mengedit kanun ini pun... cuma yang kelakar kenapa setiap tahun ada sahaja salahnya... sebabnya mudah .. kerja membuat kanun istiadat mandi minyak ini sebenarnya kerja pang5perangsitanggukikan... dia yang perlu membaikinya saban tahun agar tiada lagi kesilapan... malangnya sitanggukikan lebih sibuk mempromosi diri di mukabuku dengan barisan juaknya dari sibuk mengemaskini kanun istiadat mandi minyak...

keempatnya dengar cerita pang5perangtanggukikan merajuk dan tidak mahu lagi mengarang makalah cenderahati istiadat mandi minyak....hahahahaha nie paling kelakar dan mungkin mengejutkan tuanpunahsihatsiparangkontot... dah bertahun dia membuat makalah ini dan diragui cara pemberian sebutharga... takkan tahun ini dah merajuk... ataupun dia tak dapat lagi laba dari cetakan yang dibuat... dengar ceritanya makalah ini banyak salah... cerita salah ...gambar salah dan bermacam lagi salah... tapi yang paling salah ialah pang5perangtanggukikan sebenarnya tak buat pun makalah tersebut sebaliknya telah diserahkan kepada pang5perangmuda kemnya untuk menyusun ... jadi siapa yang bersalah sebenarnya....

kelima serikandisentosa kena la lebih terlibat secara dekat dengan aturan penerimaan kambing untuk mandi minyak... jangan nama india dipanggil melayu muncul... nama cina dipanggil terpampang indianya ...kambing jantan diseru muncul betina nya...ini kena la dibaiki... malu la buat silap macam nie sedangkan sudah diangkat pemenang kualiti jajahan selama. sebelum terlupa untuk tahun2 akan datang kalau mak pak tak boleh masuk kandang untuk melihat anak kambing dimandi minyak elokla dimaklumkan awal2 agar mak pak tak mengamuk di muka pintu kandang....

p/s : hahahahahaha dek kerana tak dapat makan di meja senator dan ketua jajahan luar... dengar cerita pang5perangtanggukikan menengking askar pang5besaradamasyuk..... hang tau dak siapa aku....macam tu kot bunyinya.... huhuhuhuhuhu tuan director rasa semua orang kenai pang5perangtanggukikan di jajahan selama ini... takkan tak kenai sedangkan dia la pembodek no wahid tuanpunahsihatsiparangkontot .... adios

No comments:

Post a Comment