salam 2 all
tuan director sangat percaya bahawa rezeki dikawal sepenuhnya oleh Allah SWT. manusia tiada upaya selain menerima seadanya rezeki yang telah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa. sejak minggu lepas warga jajahan sibuk tentang ura-ura akan ada bonus untuk hari lebaran. tuan director cuma kata dalam hati jangan mengharapkan pada makhluk, penentuan rezeki hak sepenuhnya Allah SWT jua.
tuan director teringat kisah bidalan yang terjadi antara Nabi Sulaiman AS dengan seekor semut. kisahnya bermula di padang pasir yang tandus apabila Nabi Sulaiman telah terjumpa seekor semut yang sedang mencari makanan. maka ditanya kepada semut oleh Nabi Sulaiman berapa banyak yang dia makan untuk tempoh sebulan. maka dijawap semut tersebut bahawa makanannya sebulan hanya la sebutir gandum.
Nabi Sulaiman ingin menguji kata-kata semut tersebut, maka diangkat semut tersebut dan dimasukkannya dalam sebuah bekas dan dimasukkan sebiji gandum di dalamnya. setelah sebulan berlalu Nabi Sulaiman membuka bekas tersebut dan mendapati bahawa semut itu hanya memakan separuh sahaja gandum yang diberi. maka nabi mengatakan bahawa semut itu menipunya tentang jumlah makanan yang diperlukan.
maka semut berkata " aku takut kau terlupa akan aku, kerana itu aku hanya memakan separuh sahaja gandum yang diberikan, separuh lagi sebagai bekalan untuk bulan hadapan sekiranya dirimu terlupa akan aku". semut tersebut menambah lagi " kau hanyalah seorang manusia dan boleh terlupa apa yang dijanjikan, sedangkan Allah SWT sentiasa menyediakan rezeki kepada makhluk seluruh alam"
hehehe tuan director sentiasa mengingatkan diri, jangan sesekali kita mempertuhankan diri apabila berhadapan dengan diri atau sesiapa sahaja. sifat mempertuhankan diri menjelma pada manusia apabila mereka berkuasa. mereka ini bukan sahaja berani untuk menentukan rezeki manusia lain bahkan tidak takut langsung dengan Allah SWT.
maka kata-kata ugutan sering dilaungkan kepada warga jajahan kerana sifat manusia pemimpin yang ingin mempertuhankan diri. kakitangan bawahan ditakutkan bahawa mereka akan kehilangan kerja kerana menegur golangan atasan. konon-kononnya rezeki mereka datang melalui restu dan pemberian orang atasan. terdapat ketua kem yang memperlakukan warga jajahan seumpama hamba sahaya sahaja. disuruh buat itu ini sesuka hati. kalau kakitangan membantah sahaja maka kuasa ketuhanan mereka menjelma melalui tindakan dan ugutan.
sering juga keluar dari mulut pemimpin bahawa pekerjaan yang disandang oleh sipolan adalah pemberiannya, kenaikan pangkat sipolan adalah atas sokongannya, rezeki yang dipungut sipolan adalah restunya. kata-kata yang menunjukkan diri berkuasa ini ternyata amat menakutkan bagi mereka yang lemah iman, kepercayaan bahawa rezeki ditentukan oleh Allah SWT sering dikesampingkan.
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
tuan director pernah ditanya tentang keberanian untuk mengarang dan membuat filem pendek jajahan. adakah tidak takut kepada tindakan dan hukuman. maka tuan director berkata bahawa sekiranya membuat filem pendek ini menyebabkan diri terhukum, hukuman tersebut juga adalah rezeki Allah SWT, hehehehe sekurangnya iman tuan director sudah sama dengan semut di atas.
P/S : Ingatan kepada tuanpenasihatsiparangkontot dan kuncu-kuncunya. janganlah cuba menjadi tuhan di jajahan selama ini. cuba untuk menyekat rezeki manusia dengan kuasa di tangan, heheheheehe tuan hamba semua tidak akan berjaya mengugat keyakinan tuan director terhadap rezeki Allah SWT. cepat-cepat bersihkan hati yang hitam itu...bak kata pang5peranghatihitam...kalau balik mekah masih lagi tidak berubah...pergilah semula untuk membersihkan hati...cuma tuan director teringat bidalan kalau sudah melewati 40 tahun masih lagi sama perangainya, memang susah untuk berubah....adios
No comments:
Post a Comment