August 31, 2010

teka teki jajahan

4.15 pm-tiangserisungaibayu dipanggil semula untuk berlakon sebagai tok empat dalam filempendek tuan director sehingga ogos 2011. tahniah dan selamat kembali setelah dipecat 24 jam yang lalu...adios

2.12 pm-tiangserisungaibayu digesa mengosongkan koridor kuasa, menyerah kuda hitam baka tempatan, memulangkan mesintaipkaya ingatan, hahahaha telefontangan, dan larangan mengunakan semua tentera jajahan untuk apa-apa urusan. hahahahaha ini berlaku kerana tiangserisungaibayu bukan warga jajahan kecuali surat rasmi untuk mengunakan kemudahan jajahan dalam tempoh peralihan diberikan...kalau tak percaya pie la tanya pang5perangkeranatuhan yang diragui intergriti itu...hehehehehe

2.00 pm-setelah diskusi panjang sebelum solat zuhur tadi. timbul beberapa persoalan yang seharusnya dijawap oleh tuanpenasihatsiparangkontot. siapa yang melantik 3abdul1 sebagai menjalankan tugas tok empat kerana surat berbuat demikian tiada pun dikeluarkan. siapa tuanpenasihatsiparangkontot yang telah meminta(mengarahkan) 3abdul1 mempengerusikan mesy Murai Punya Ekor. semua keputusan dalam mesy tersebut terbatal dan tidak berguna kerana kuasa eksekutif dalam membuat keputusan selama ini dalam mesy Murai Punya Ekor adalah penurunan kuasa daripada kuasa jawatan tok empat. tuan director merasakan bahawa jajahan selama baru sahaja mengalami kudeta secara diam....

10.40 am- semua kemudahan tiangserisungaibayu akan ditarik balik, tuanpenasihatsaranglabah telah berkira-kira untuk menuntup akaun email, tuanpenasihatenjinnyior telah mula memikir untuk menukar kunci koridor kuasa, tuanpenasihatsiparangkontot pula meminta pang5perangkeamanan untuk bersedia mengiringi tiangserisungaibayu keluar daripada koridor kuasa tanpa membawa apa-apa dokumen

10.25 am-tuanpenasihatsiparangkontot arahkan semua mesin penghantar pesanan diawasi, semua inang kem-kem dijajahan dikerah menjaga mesin tersebut...mana tau kalau kontrak tak dapat dihantar ke pejabat koridor kuasa..mungkin akan dihantar ke mana-mana kem. dikhabarkan bahawa hadiah menanti untuk mana-mana inang yang berjaya menerima surat kontrak tiangserisungaibayu.

10.20 am- mesy Murai Punya Ekor dah tamat....hahahahaha cerita disebarkan bahawa tiangserisungaibayu tak masuk pun..3abdul1 yang pengerusikan. belajar nak jadi tok empat ke 3abdul1...huhuhuhuhuh

10.15 am - kem kebun durian mula berpeluh...macam mana nak bayar gaji pelakon utama nie, tuan director pun tak berani nak bagi babak untuk lakonan tiangserisungaibayu, coz nanti tak pasal-pasal lak kena saman amik tiangserisungaibayu berlakon tapi kontrak tak dibuat. semua sibuk dok tanya hang aku kat kebun durian tu...

9.30 am-tiada tanda-tanda tiangserisungaibayu akan meninggalkan kita...huhuhuhuhu

8.30 am-tiangserisungaibayu mempengerusikan Murai Punya Ekor, hahahahaha bagaimana mempengerusikan mesy tanpa mendapat surat lantikan baru....sah ke nie...kena la tanya saksi kalau ikut tok kadi...tu untuk berkahwin la

7.55 am-tiangserisungaibayu rupanya bukan nak amik surat tetapi masuk opis seperti biasa, dan dikhabarkan memulakan tugas seperti selalu

7.15 am- tiangserisungaibayu muncul dengan tenang di koridor kuasa, hahahahaha nak amik surat-surat yang tertinggal ke

sepanjang pagi, soalan demi soalan dikemukakan untuk perhatian tuan director tentang hayat tiangserisungaibayu di jajahan selama. tuan director pun sebenarnya sangat teruja untuk mengetahui berita terkini. sepatutnya tuanpenditasilatulrahim telah pun membuat pengumuman berkaitan...namun tiada isyarat dari kem kebun durian untuk dipaparkan

August 29, 2010

pabila hari itu menjelma

salam 2 all,

hidup dan mati ditentukan sepenuhnya oleh Allah SWT. mungkin kita boleh mencari doktor paling pakar dalam dunia untuk merawat kita, namun apabila ajal menjelma tiada apa yang dapat menghalang nyawa kita dicabut malaikat yang taat dan patuh kepada Allah SWT. Namun kita sentiasa disaran menjaga kesihatan dan nyawa yang diberi Allah dengan penuh amanah kerana itulah arahan Yang Maha Kuasa.

tuan director menulis ini kerana esok merupakan hari kemerdekaan kita sebagai rakyat Malaysia, sesungguhnya kemerdekaan ini juga anugerah Allah SWT yang tiada tolok bandingnya kerana melalui kemerdekan kita dapat mencorak hidup kita tanpa terikat dengan kehendak penjajah. Namun kerana kemerdekaan ini juga bermula dengan proses kelahiran amatlah dituntut kita menjaganya dengan baik kerana kemerdekaan ini juga boleh hilang dengan kudrat dan irodat Allah SWT.

tiada apa pun yang kekal sebenarnya dalam dunia ini, semuanya bermula dengan tiada, kemudianya ada, kemudiannya tiada, kemudiaan ada untuk menerima penilaian Allah. kita dijanjikan bahawa penilaian paling agung adalah apabila kita berdepan dengan mahkamah Allah SWT di padang masyar. yang mana mulut dikunci untuk membela diri, semua anggota badan menjadi saksi kepada diri sendiri. hari di mana manusia tiada ruang untuk membohongi kecuali menerima semuanya sebagai saksi Kebesaran Illahi.

tuan dirctor membawa filem pendek ini berikutan esok juga merupakan hari terakhir tiangserisungaibayu sebagai tok empat. kalau khidmatnya disambung maka Allah SWT jualah yang memberinya rezeki itu. maka sebelum hari terakhir itu tiba, tuan director percaya tok empat telah berhempas pulas mencuba sedaya upaya untuk kontraknya disambung, banyak cara telah digunakan untuk cuba menyambung kontrak tersebut diusahakan.

warga jajahan dan dengan sokongan luar jajahan juga turut digunakan untuk memastikan khidmat tiangserisungaibayu disambung. semua kabel dirungkai untuk menyambung hayat pemerintahan tiangserisungaibayu dijajahan selama. pada masa yang sama kumpulan penentang di jajahan selama juga berusaha dengan keras untuk memastikan hayat pemerintahan tiangserisungaibayu sebagai tok empat ditamatkan sebagaimana kumpulan penyokong. hahahaha tuan director walaupun amat kasih akan tok empat menyokong penuh kumpulan penentang.

dua tiga hari ini sama ada melalui sms atau ym, berbuih umpama lautan pertanyaan demi pertanyaan dilemparkan dalam kotak telefon tangan dan komputer riba tok director bertanya tentang penganti tiangserisungaibayu atau hayat pemerintahannya akan disambung atau tidak. tuan director hanya akan memberi tanda sekiranya ada isyarat dari kumpulan penentang. hahahaha jadi sabar la ye para penonton.

akhir kalam, buat la apa pun untuk menaikkan atau menumbangkan tok empat tiangserisungaibayu, namun pabila hari itu menjelma, nescaya kudrat Allah SWT jua akan menaikkan atau menurunkan seseorang manusia itu. tuan director paling takut bukan tentang turun atau naiknya seseorang manusia. yang paling takut apalah yang hendak dipersembahkan di hadapan Allah SWT pabila menjelma hari pertemuan di padang masyar nanti.

P/S : tuanpenasihatsiparangkontot cepat-cepat sediakan kotak untuk tiangserisungaibayu, banyak barang nak dibawa kalau kontrak tak diambung. hahahahaha kalau sempat cepat-cepat juga sediakan baucer pembelian kuda hitam baka tempatan baru untuk tiangserisungaiseputih yang dikhabarkan akan mengantikan tiangserisungaibayu. bukan apa, takut nanti kalau betul-betul pengantinya muncul mungkin tuanpenasihatsiparangkontot juga akan diganti....hahahaha pabila hari itu menjelma...tuan director paling gumbira...adios

August 24, 2010

bila mempertuhankan diri

salam 2 all

tuan director sangat percaya bahawa rezeki dikawal sepenuhnya oleh Allah SWT. manusia tiada upaya selain menerima seadanya rezeki yang telah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa. sejak minggu lepas warga jajahan sibuk tentang ura-ura akan ada bonus untuk hari lebaran. tuan director cuma kata dalam hati jangan mengharapkan pada makhluk, penentuan rezeki hak sepenuhnya Allah SWT jua.

tuan director teringat kisah bidalan yang terjadi antara Nabi Sulaiman AS dengan seekor semut. kisahnya bermula di padang pasir yang tandus apabila Nabi Sulaiman telah terjumpa seekor semut yang sedang mencari makanan. maka ditanya kepada semut oleh Nabi Sulaiman berapa banyak yang dia makan untuk tempoh sebulan. maka dijawap semut tersebut bahawa makanannya sebulan hanya la sebutir gandum.

Nabi Sulaiman ingin menguji kata-kata semut tersebut, maka diangkat semut tersebut dan dimasukkannya dalam sebuah bekas dan dimasukkan sebiji gandum di dalamnya. setelah sebulan berlalu Nabi Sulaiman membuka bekas tersebut dan mendapati bahawa semut itu hanya memakan separuh sahaja gandum yang diberi. maka nabi mengatakan bahawa semut itu menipunya tentang jumlah makanan yang diperlukan.

maka semut berkata " aku takut kau terlupa akan aku, kerana itu aku hanya memakan separuh sahaja gandum yang diberikan, separuh lagi sebagai bekalan untuk bulan hadapan sekiranya dirimu terlupa akan aku". semut tersebut menambah lagi " kau hanyalah seorang manusia dan boleh terlupa apa yang dijanjikan, sedangkan Allah SWT sentiasa menyediakan rezeki kepada makhluk seluruh alam"

hehehe tuan director sentiasa mengingatkan diri, jangan sesekali kita mempertuhankan diri apabila berhadapan dengan diri atau sesiapa sahaja. sifat mempertuhankan diri menjelma pada manusia apabila mereka berkuasa. mereka ini bukan sahaja berani untuk menentukan rezeki manusia lain bahkan tidak takut langsung dengan Allah SWT.

maka kata-kata ugutan sering dilaungkan kepada warga jajahan kerana sifat manusia pemimpin yang ingin mempertuhankan diri. kakitangan bawahan ditakutkan bahawa mereka akan kehilangan kerja kerana menegur golangan atasan. konon-kononnya rezeki mereka datang melalui restu dan pemberian orang atasan. terdapat ketua kem yang memperlakukan warga jajahan seumpama hamba sahaya sahaja. disuruh buat itu ini sesuka hati. kalau kakitangan membantah sahaja maka kuasa ketuhanan mereka menjelma melalui tindakan dan ugutan.

sering juga keluar dari mulut pemimpin bahawa pekerjaan yang disandang oleh sipolan adalah pemberiannya, kenaikan pangkat sipolan adalah atas sokongannya, rezeki yang dipungut sipolan adalah restunya. kata-kata yang menunjukkan diri berkuasa ini ternyata amat menakutkan bagi mereka yang lemah iman, kepercayaan bahawa rezeki ditentukan oleh Allah SWT sering dikesampingkan.

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

tuan director pernah ditanya tentang keberanian untuk mengarang dan membuat filem pendek jajahan. adakah tidak takut kepada tindakan dan hukuman. maka tuan director berkata bahawa sekiranya membuat filem pendek ini menyebabkan diri terhukum, hukuman tersebut juga adalah rezeki Allah SWT, hehehehe sekurangnya iman tuan director sudah sama dengan semut di atas.

P/S : Ingatan kepada tuanpenasihatsiparangkontot dan kuncu-kuncunya. janganlah cuba menjadi tuhan di jajahan selama ini. cuba untuk menyekat rezeki manusia dengan kuasa di tangan, heheheheehe tuan hamba semua tidak akan berjaya mengugat keyakinan tuan director terhadap rezeki Allah SWT. cepat-cepat bersihkan hati yang hitam itu...bak kata pang5peranghatihitam...kalau balik mekah masih lagi tidak berubah...pergilah semula untuk membersihkan hati...cuma tuan director teringat bidalan kalau sudah melewati 40 tahun masih lagi sama perangainya, memang susah untuk berubah....adios

August 23, 2010

cerita tentang gajah

salam 2 all,

2 minggu lepas , iki n ama sibuk melaporkan bahawa vcd mereka hilang. tertuduh utama dalam kes kehilangan ini tentu adik mereka iaitu uzma. uzma dituduh membawa vcd tersebut tanpa kebenaran ke taska abim. tuduhan ini berasas kerana uzma memang suka membawa barangan dari rumah ke taska abim. saya cuma tersenyum kerana kalau ditanya pun, uzma takkan mengaku. akhirnya vcd cerita gajah biru keluaran negara thai tersebut dijumpai semula. kehilangan dan siapa yang hilangkannya didiamkan sahaja.

tuan director pula diasak cerita gajah sejak sepurnama yang lalu. macam-macam kisahnya berkaitan gajah yang heboh diceritakan. ada cerita gembalagajah yang tak buat kerja atau curi tulang ditangkap oleh tiangserisungaibayu. ada cerita gajah-gajah dibawa bersiarkan jauh dari jajahan selama sedangkan laluan sebenar tak la sejauh itu.

sebenarnya cerita gajah menjadi menarik apabila dimaklumkan bahawa pada satu pagi yang hening, gembalagajah ternampak seseorang di stesyen gajah dalam pukul 6.30 pagi. nak dikatakan kambing pun bukan kerana terlalu besar dan tua. rupa-rupanya tiangserisungaibayu telah menyamar sebagai kambing untuk melihat gelagat gajah menjalankan tugas. hahahaha siap ngan kasut sport dan pakaian sukan lagi.

sejak sepurnama yang lalu bila kandang kambing selatan diarah tutup oleh 3abdul1, hidup kambing-kambing susah betul. maklumla dah lama kandang di selatan jajahan digunakan. kambing plak dah biasa sangat dengan kandang lama tersebut. tetiba 3abdul1 arahkan kambing bertukar kandang ke ulu selama. punya la jauh kandang baru tersebut. mula la kambing-kambing sakit perut dan meragam.

kambing-kambing meragam kerana gajah yang ditugaskan mengangkut mereka tak cukup jumlahnya hinggakan banyak kambing yang tertinggal kat stesyen sahaja. maka persatuan kambing-kambing jajahan atau dikenali sebagai PERKAM, telah menyuarakan protes kepada 3abdul3. dengar cerita 3abdul3 telah banyak kali juga turun melihat kesulitan kambing menuju ke kandang latihan. tiangserisungaibayu pernah sampai berpayung daun pisang melihat kesulitan kambing-kambing dengar ceritanya.

tuan director cuma nak pesan mudah je. lain kali rancang betul-betul, mana nak bina kandang latihan dan kat mana lak nak biar kambing tu duduk. kena panggil semua yang terlibat dengan urusan angkut dan latih nie. serikandisentosa, pang5besarchahketing, 3abdul1 & 2 serta pang5besaradamasyuk kena la duduk semeja berbincang.

tuan director pelek sangat kenapa timbul masalah gajah dan kambing nie. terkini gajah luar yang diupah dilihat tak mampu mengangkut kambing-kambing khabarnya. maka timbul la persoalan kenapa tak mampu, pang5besaradamasyuk kata masalah dengan bayaran gajah luar yang terlalu mahal. tuan director plak kata kalau dah kambing membayar dengan 100 dinar untuk itu kenapa plak timbul isu mahal.

akhirnya gajah jajahan plak digunakan sebagai galang ganti untuk menutup kelemahan gajah upahan. hahahahaha ini lagi menarik, gajah jajahan untuk aktiviti kambing bukan untuk membawa kambing pergi latihan. nampaknya ada tangan ghaib dibelakang semua gajah-gajah ini. dengar cerita gajah upahan dibayar 680 dinar sehari....jumlah yang lumayan tanpa mempedulikan jumlah kambing yang diangkut. hahahahaha sapa yang buat kontrak ini agaknya.

semakin tuan director menyusuri persoalan kambing dan gajah, semakin banyak yang menimbulkan rasa curiga. kenapa gajah jajahan dibawa masuk untuk membantu pengendali gajah upahan. adakah untuk menyelamatkan tuanpunya gajah upahan atau nak menyelamat tangan ghaib dibelakang tengkok tuanpunya gajah upahan....akhirnya kambing juga menjadi mangsa percaturan...

P/S : apa macam tuanpenasihatsiparangkontot dan tuanpenasihatadamasyuk...macam mana kes gajah nie boleh timbul. ada baiknya tiangserisungaibayu suruh pang5perangkeranatuhan menyiasat. cuma tuan director memang tak percaya kepada pang5perangkeranatuhan nie sangat. kalau dia boleh mintak sendiri gred 52 tanpa melalui kem kebun durian...tuan director boleh agak la sejauh mana intergritinya....hahahaha adios

August 18, 2010

jangan main belakang

salam 2 all,

mengarah filem bulan puasa nie memang mencabar, bukan apa risau kalau-kalau pelakon utama buat onar. bukan boleh harap sangat, dek kerana ghairah berlakon mula la kata letih n penat. lebih teruk lagi kalau ada yang tetiba hilang dan lepak-lepak belakang kedai mamak. sekitar jajahan selama sekarang nie berlambak kedai yang buka pintu belakang, kononnya nak tambah pendapatan dan tolong insan-insan yang tak larat nak berpuasa.

tuan director dah dimaklumkan beberapa belakang kedai yang popular sepanjang bulan puasa nie. ada yang jual nasi lemak, ada roti canai, lebih menarik ada yang jual makan tengahari...bak kata astro...macam-macam ada. di ulu selama semalam dimaklumkan sebuah kedai yang biasa penuh sesak dengan pelanggan lengang kerana pihak pengurusan jajahan luar selama buat pemantauan kat kedai tu. hahahahahaha jajahan selama tak pie pantau ke mana-mana belakang kedai, mana tau ada warga jajahan yang lepak-lepak kat belakang kedai tersebut.

puasa nie pada pendapat tuan director umpama melentur buluh la, kena mula dari awal. kalau dah tua bangka baru nak mula memang la susah. lagi-lagi mereka yang selalu main belakang kedai mamak. cuma tuan director yakin, belakang parang pun kalau diasah bisa tajam, macam warga jajahan pun sama, kalau diasuh dengan baik tentu takkan sampai di belakang mana-mana kedai makan pada bulan puasa ini.

dah terlanjur bercakap pasal main belakang nie, tuan diretor mau je gelak sama tuanpenasihatsiparangkontot, dengar cerita sibuk menasihati semua pang5perang agar jangan membelakangi jajahan selama apabila melaksanakan tugas. memang la nasihat yang baik, tuan director pun setuju cuma penasihatnya je yang tak baik, hahahahaha

contohnya mudah je. tuanpenasihatsiparangkontot tiba-tiba muncul dalam satu jumpa&duga cendikiawan baru jajahan. semua yang ada dalam bilik terkejut. jarang sangat tuanpenasihatsiparangkontot mau terlibat dalam proses jumpa&duga golongan cendikiawan nie. pang5perangbhsarab pun terkejut kerana fail untuk tuanpenasihatsiparangkontot pun tak disediakan olehnya. selepas jumpa&duga salah seorang calon, tuanpenasihatsiparangkontot pun blah dari bilik jumpa&duga. semua ahli panel jumpa&duga bertambah la hairan.

kenapa masuknya tiba-tiba dan keluarnya tiba-tiba juga dari bilik jumpa&duga. hahahahaha cerita ini sampai kepada tuan director, lalu rujukan silang dijalankan. rupa-rupanya calon jumpa&duga bagi golongan cendikiawan hari tersebut ada hubungan dengan tuanpenasihatsiparangkontot, selepas calon tersebut selesai dijumpa&duga olehnya, apa guna lagi tuanpenasihatsiparangkontot tunggu. heheheheehe jangan main belakang aaaaa

contoh 2. dalam perjumpaan Murai Punya Ekor, beria-ia tuanpenasihatsiparangkontot menyokong seorang calon golongan cendikiawan. umur calon nie dah mencecah 60. walaupun ditentang oleh tiangserisungaibayu dan 3abdul1. tuanpenasihatsiparangkontot tetap mempertahankan calon ini dengan justifikasi yang sungguh menyakinkan. semua kagum kerana tuanpenasihatsiparangkontot begitu mengenali kelebihan calon ini dan membuat kerja rumah. heheheheeh rupa-rupanya calon ini kawan baik dia, huhuhuhhuhuh jangan main belakang aaaaa

contoh 3. dalam pemilihan pembelian buku program, lagi kelakar . semua data dah lengkap. harga tawaran, spek kertas dan design. semuanya telah lengkap ditanda. tuanpenasihatsiparangkontot pun sama-sama lah belek-belek dokumen. ahli lain pun tengok la juga. khusyuk sungguh semua orang. tiba-tiba muka tuanpenasihatsiparangkontot berkerut. tengok dokumen berulang kali, selak sana sini macam ada yang tak kena je. pang5perang lain pun buat-buat kalut. urusetia mula tak sedap hati, apa yang tak kena nie. akhirnya tuanpenasihatsiparangkontot pun berkata, mana nama syarikat nie, semua no sahaja, kalau ada nama syarikat senang la nak pilih. hahahahaahaha jangan main belakang aaaaa

tuan director ada banyak lagi kes jangan main belakang....cuma malas nak hebah sangat, cukup dengan 3 contoh tersebut sahaja. main belakang nie memang rosak jajahan. sapa yang ajar pang5perang main belakang....kalau tak takkan pang5perangtanggukikan pun dah semakin cekap main belakang, hehehehehee

P/S : dengar cerita surat untuk tiangserisungaibayu sudah keluar, cuma isinya sahaja menjadi rahsia. kalau diperhati geraklangkah dan bungasilat tiangserisungaibayu kebelakangan ini, yakin sangat dia akan terus memegang peranan tok empat jajahan selama setahun lagi. arahan dan lawatan tok empat ke kem jajahan masih seperti biasa. nampaknya kalau peranan tiangserisungaibayu sebagai tok empat disambung lagi setahun, tuan director la paling bahagia, kerana dia la pelakon paling berbakat di jajahan selama....adios

August 11, 2010

boria jajahan

salam 2 all,

saya bersekolah menengah di pulau pinang, bermula tahun 1987 hingga 1988. TI Penang atau SMT Tunku Abdul Rahman Putra menjadi tempat permainan selama 2 tahun. bersekolah di bandar besar yang jauh berbeza dengan pekan kulim atau selama atau mahang merupakan hadiah dalam perjalanan hidup saya yang tidak ternilai.


pengalaman ini lah kemudiannya mengajar saya menghadapi hidup dengan berdikari dan kuat semangatnya. TI Penang membentuk jati diri yang terkesan sehingga kini, dan sudah tentu menjadi pelindung yang berguna di mana jua saya berada.

apabila memasuki tingkatan 4, hari pertama saja sudah mengugat semangat saya. berjumpa dengan senior yang mempunyai panggilan dan gelaran yang memeningkan untuk diingati memberi pengajaran cukup perit tapi sangat berharga. ketika itu nama senior seperti komeng, bogart, baginda, harimau hitam, lanleh, lancak, dan pelbagai lagi memang mengerunkan.


hahahaha, cuma sebagai anak kampung yang bersekolah di sekolah cina, pengalaman baru atau suasana baru cepat saya kuasai, hasil didikan selama 6 tahun di sekolah cina membolehkan saya membentuk jaringan sahabat dengan kaum cina di TI Penang dalam masa singkat, satu kelebihan berada di pulau pinang bila mempunyai kawan dengan kaum cina.

tahun 1987 merupakan tahun yang sukar pada perkiraan saya, terutama bersekolah di sekolah teknik yang kuat kes buli pelajar. setakat kena masuk kepala dalam mangkuk tandas dan dipam umpama mandi merupakan aktiviti kecilan sahaja. dijentik mengunakan sudu di kepala, dilukis mengunakan kiwi kasut di muka, diletak ubat gigi pada ketiak ketika tidur, semua ini adalah asam garam bersekolah asrama. akhirnya pengalaman ini amat berguna apabila saya melangkah kaki ke Universiti Pertanian Malaysia pada 1991, yang terkenal juga dengan kes buli pelajar baru.

tuan director teringat kembali semua pengalaman ini apabila ingin memilemkan tajuk boria jajahan. budaya organisasi umpama boria ini sudah berakar umbi di jajahan selama umpama boria pulau pinang. ketuanya umpama penyanyi utama boria yang akan memulakan nyanyian yang rima dan katanya akan diikuti secara sama oleh penyanyi latar.

cara boria dipersembahkan adalah sama sahaja, apa sahaja yang dikatakan oleh penyanyi utama akan diiakan sahaja. itu lah gambaran jajahan selama. dihinggapi budaya boria. apabila bersidang sahaja Murai Punya Ekor, tiangserisungaibayu hanya perlu memulakan apa jua topik atau perkara, tukang sambung yang menyokongnya seolah penyanyi latar boria akan menyambungnya. tak kiralah sama ada 3abdul1,2,n 3, tuanpenasihatsiparangkontot, tuanpenasihatadamasyuk, tuanpenasihatkhutudkhanah, atau tuanpenasihatenjinnyior. semua akan jadi tukang angguk yang taat.

budaya boria ini telah mengalahkan budaya kreatif dan innovatif, yang dilaung-laungkan selama ini di jajahan selama. terkini budaya boria ini juga sudah menjalar kepada semua kem kecil dan besar. ketua kem seolah-olah sangat percaya dengan budaya boria, semua warga diminta menyokong apa jua inisiatif dan cadangan yang dikemukakan tanpa bantahan.

tuan director merenung semua ini sebagai punca bencana yang akan memandulkan seluruh warga jajahan. tak cukup dengan itu, kumpulan kambing pun dijangkiti dengan budaya boria ini, jangan ada yang berlainan sedikit, maka kambing tadi akan disembelih oleh kumpulan penyokong 3abdul3. mungkin 3abdul3 tak perasan atau buat-buat tak nampak bertapa kuatnya penyokong 3abdul3 mengawal kem kandang kambing dijajahan selama.

tuan director cuma lebih suka kepada kepelbagaian, lebih minat kepada caca, manbo, pohyehyeh atau rock yang mempunyai kerektor yang pelbagai. menonton boria ini menghiburkan cuma kita sudah boleh menjangka apa yang akan berlaku kemudian. ini lah jajahan selama kebelakangan ini, mungkin kerana kita terlalu dijamu dengan pasembur barangkali, hahahaha.

P/S : hahahahaha dengar cerita tuanpenasihatsiparangkontot nak menumbuk tuan director, habis seluruh kem kebun durian dijelajahi untuk menyampaikan amaran dan amarah dirinya. nasihat tuan director mudah sahaja, ambillah berkat ramadhan, tundukkan nafsu. paling baik dengar je lagu rock kumpulan Wings " Hukum Karma". adios

August 10, 2010

POSA NYAK NYOK

salam 2 all

hari ini bermula satu perjalanan baru. ramadhan al mubarak baru menginjak hari pertama. pagi tadi, dalam liat dan malas tetap bangun mengejutkan isteri untuk memanaskan lauk ayam kampung, isteri tambah dengan ikan masin goreng dan telur dadar ayam kampung. pernah tuan puan melihat dan merasa telur ayam kembar. pagi tadi isteri saya riuh bercerita tentang telur ayam kembar yang dia goreng. hahahahaha seloka waktu sahur jadinya.

iki n ama dari semalam sibuk bercerita tentang rancangan puasa mereka. awal-awal lagi sibuk bertanya upah puasa tahun ini dan apa yang dia orang nak lakukan dengan duit tersebut. tahun lepas mereka diberi imbuhan RM50 kerana berpuasa penuh. tahun ini saya menyakat mereka dengan berkata imbuhan puasa hanya dalam bentuk makanan berbuka, terus terkedu mereka.

malam semalam selepas balik solat terawih, iki n ama dah siap niat untuk berpuasa, pencapaian baik untuk perjalanan sebulan. pagi tadi jam 4.30 terus kejutkan dia orang berdua. iki yang biasanya malas-malasan untuk bangun ternyata teruja dengan sahur, habis sepinggan nasi juga, cuma ama selera makannya sekarang berkurang, sudah puas disumbat vitamin seleranya tetap begitu juga.

ketika bersekolah dulu terutama sekolah rendah memang mencabar minda ketika melalui bulan puasa. tahun 1 dan 2 dalam ingatan saya dapat la beberapa hari berpuasa. masuk tahun 3 dapat la berpuasa belasan hari. cabarannya hebat kerana berada dalam komuniti bukan islam. sekolah saya waktu rehatnya 2 kali. cuba bayangkan kudrat anak kecil seperti saya dalam usia 7 n 8 tahun melihat kawan2 makan dengan seleranya, akhirnya saya juga seperti mereka, menikmati sahur kedua pada jam 9.45 pagi....hahahahaha

apabila meningkat tahun 4 baru la tumbuh sedikit rasa malu untuk makan, maka baru la dapat berpuasa penuh. namun ada juga harinya terasa dahaga yang amat sangat. bayangkan berjalan kaki balik sekolah ketika itu sejauh 2km lebih, tambahan dengan cuaca panas, kadang-kadang terbabas juga, hahahaha kami berhenti minum air telaga atau sebelum sampai rumah teguk juga air sungai kerian. itu belum dikira sambil menyelam minum air ketika mandi sungai. hahahaha indahnya puasa ketika kecil.

malam hari memang sentiasa dinanti oleh saya. masjid depan rumah selain menjadi tempat ibadat ketika bulan puasa juga menjadi tempat bermain. bab kena kejar dan kena marah dengan jemaah dewasa kerana bising seolah-olah alah bisa tegar biasa. selain solatnya yang celup-celup sahaja kerana yang dibuat hanya duduk untuk tahayat akhir sahaja, lain itu kami bermain aci sorok dan apa sahaja termasuk la kejar mengejar keliling masjid.

paling menyeronokkan waktu moreh. hahahahaha makanannya sentiasa berubah tiap malam, jemaah berlumba menyajikan yang terbaik. ada laksa, meehun, bubur kacang, nasi minyak atau kalau mewah beriyani. kalau jemaah tak bersedia roti canai pun ok. lepas makan moreh, kami sibuk plak bergendang dengan gendang raya masjid sampai dinihari.

minggu pertama puasa akan bermula pula perang meriam . cuma kami tak membuat mengunakan buluh kerana bahaya. saya membuat meriam tanah. duit belanja sekolah saya simpan untuk membeli karbalt daripada kedai leihock. selalunya meriam tanah meriah apabila minggu kedua puasa bermula. meriam paling kuat bunyinya di kampung bukit bertam dibuat dengan besi palung pasir. meriam ini sering diburu polis, seperti biasa meriam ini akan dicampak dalam sungai kalau diserbu polis. hahahahaha esok pasang semula untuk bermain.

ramadhan memberi banyak kenangan kepada saya. setiap ramadhan saya akan teringat arwah mak yang akan membaca quran sepanjang waktu. suara mak mengalunkan bacaan quran selepas sahur adalah yang paling indah untuk diingati. sukar untuk mendapat perasaan tersebut ketika ini, walau apa pun yang saya cuba lakukan untuk mendapat perasaan itu semula.

post ini tidak mengisahkan tentang jajahan selama, filem pendek jajahan selama hanya akan bermula esok dengan topik boria jajahan selama. insyaAllah sepanjang ramadhan filem pendek arahan tuan director akan memuatkan cerita-cerita keinsafan....tak lupa juga kritikan bertali arus untuk semua..adios

August 04, 2010

pabila kita eksyen

salam 2 all

Kenapa keyakinan warga jajahan kepada pimpinan merosot ?

Kerana pimpinan jajahan beranggapan tidak perlu berbuat apa-apa kecuali melaungkan slogan itu dan ini

Kerana pimpinan jajahan mengambil mudah sokongan warga jajahan selama

Tuan director telah ditanya persoalan ini berkali-kali kenapa diakhir pemerintahan mana-mana tok empat atau ketua kem, seolah-olah berlaku tsunami menjunamnya sokongan kepada pimpinan tersebut. Betapa ramai yang mengucapkan kesyukuran setelah si anu ini meninggalkan organisasi, dan betapa ramai pula berdoa agar yang datang mengantikannya agar lebih baik daripada terdahulu.

Tuan director cuma boleh mengatakan bahawa kebanyakkan pemimpin yang datang ke jajahan atau naik di pangkat jajahan ini menjadi eksyen keterlaluan. Baik dari segi dasar mahupun kelakuan. Ini lah punca kepada natijah kenapa warga jajahan menadah tangan mengucap syukur pabila pemimpin berkenanan habis kontrak.

Hampir semua tok empat memikirkan bahawa pabila menjadi tok empat kesetiaan warga jajahan datang secara automatik. Ingin tuan director jelaskan bahawa kesetian warga jajahan bukan bapak atau atuk kita berikan Ia nya bukan hak semula jadi. Ramai orang tidak sedar, perkara yang menjadi hak ialah perkara yang kita usahakan, perjuangkan, dan earned- bukan datang bersama dengan kita dari perut ibu.

Jadi masalah pokok nya, hanya sebab kita ingat nama kita tok empat, tuanpenasihatsiparangkontot atau lain-lain semua sokongan dan kesetiaan datang secara otomatik. Jika kita berfikiran seperti ini, ertinya mentaliti kita masih berada di tahap rendah dan masih belum membangun. Realiti nya, ialah warga jajahan mengadili kita dengan apa yang kita sumbangkan dan beri. Mengadili kita dari sudut perkhidmatan dan apa yang kita boleh buat untuk mencapai matlamat dan cita cita jajahan selama. Baik dari segi kepimpinan, kebajikan, akademik dan pentadbiran

Semua ini tidak tercapai hanya sebab nama kita siparangkontot, 3abdul atau sitanggukikan. Ia di capai melalui perbuatan iaitu bergantung kepada apa kita boleh buat berdasarkan kemampuan, kemahiran dan kepandaian kita. warga jajahan hanya akan di adili oleh pencapaian bukan atas dasar nama mereka sahaja.ini lah masalah sebenar jajahan selama. Pabila nama atau jenama menjadi idaman atau keinginan, hanya pangkat menjadi pojaan hati.

tuan director mungkin sedikit emosional apabila berbincang isu ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin menagih sokongan warga dengan beranggapan bahawa pangkat mereka merupakan senjata. mereka lupa teori kepimpinan yang menyebut bahawa kuasa menjadi kuat bukan kerana nama jawatan tetapi kerana kepimpinan itu sendiri. cuba la berguru dengan tuanpenditataraklayak yang sering mengkuliah perkara kepimpinan ini.

tuan director mendengar banyak cerita tentang kepimpinan kem yang baru dilantik oleh tiangserisungaibayu. betapa ramai yang sudah tidak larat dan bertenaga untuk memimpin. mereka ini dilantik hanya kerana mempunyai title sebagai tuanpendita tetapi kepimpinannya umpama tin susu kosong di tepi jalan. telah berkumandang di sebuah kem betapa mesyuarah pukul 9 pagi ditunda gara-gara tuanpendita bangun lewat dan betapa mesyuarah dipinda tempat kerana tuanpendita tidak larat mendaki tangga. konsep kepimpinan lantikan ini ternyata gagal kerana hanya berpandukan jawatan.

tuan director tidak berminat berkuliah panjang tentang kepimpinan cuma menarik peminat filem pendek menilai semula kepimpinan pang5perang, tuanpendita dan orang besar berlapan yang sering menimbulkan polemik di jajahan. ramai pemimpin hanya dipandang kerana jawatan tetapi bukan kerana kreativiti, kerja kuat, kemahiran diri, dan keupayaan memimpin. jangan umpama nanti seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

P/S : selamat bersara tuanpenasihatkhutudkhanah. bersaralah dengan aman dan gembira kerana meninggalkan banyak jasa dan pengorbanan bukan kerana banyak auta dan bebanan. doa tuan direktor agar persaraan ini menimbulkan keinsafan dan meningkatkan lagi ketaqwaan. walaupun sudah terhebah seluruh jajahan tentang ketidakmahuan memaafkan dosa tuan director kononnya mencalitkan parut dihati, tuan director tetap menyusun sepuluh jari memohon keampunan. watak tuanpenasihat akan diganti dengan watak baru yang tak kurang juga muslihat dan bermain wayang. adiossss




August 02, 2010

antara golf dan guli

salam 2 all,

bulan puasa akan bermula dalam seminggu lagi, ini lah peluang untuk beribadat sesungguh hati, bukan nak kata bulan lain tak penting tapi bulan puasa nie berkatnya banyak, so moh la kita berlatih beribadat seminggu ini untuk sebulan akan datang.

semasa kecil ketika bulan puasa, saya akan lepak-lepak kat masjid depan rumah. bukan apa, masjid nie istimewa kerana sejuk dan ramai kawan-kawan. satu lagi ada banyak aktiviti terutama kalau jemaah tabligh datang berziarah. selain kisah nabi, banyak pengetahuan dapat dikutip daripada mereka yang tak jemu berdakwah.

permainan bulan puasa pun sangat terhad, kerana takut letih. so kalau rajin kami akan main guli sahaja. tu pun bawah teduhan redup pokok rambutan depan rumah mat wali. kalau dahaga sangat terus terjun ke sungai kerian untuk melegakan keadaana . hahahahaha ada jugak yang sambil menyelam minum air.

kat jajahan selama pun heboh sekarang dengan permainan, dengar kata tenterapembawautusan menang dalam permainan guli orang dewasa di negeri kenyalang. hebat betul warga jajahan selama dalam permainan.

cuma yang heran tu pergi punya la ramai, dengar kata hampir 30 naiki belon ke sana. berapa belanja hahahahaha.... cuba congak la ye RM450kali2kali30, belum masuk tido sana sini dan tuntutan pelbagai...lebih kurang mau RM50k lesap bersama program tu.

yang ramai tu cendikiawan dengan tuanpenasihat, terselit juga 3abdul bersama tuan pendita, dan yang paling hairan undang luak pun pergi...sedangkan beliau bukan kakitangan, timbul pertanyaan siapa sponsor datuk undang ini untuk ke sana ....ini kena la tanya pang5perangkeranatuhan, mungkin ada penjelasan kot.

dengar cerita belanja untuk permainan guli orang dewasa jauh lebih banyak berbanding dengan kejohanan lempar tombak dan memanah yang disertai oleh askar biasa bersama pang5perang di jajahan utara. maklum la tiada glamour kat sana, tuanpenasihat dan 3abdul pun tak minat. tapi seramai 100 orang juga yang pergi dengan belanja cuma RM50k.

ini la jajahan selama, kalau golongan yang terlibat tu golongan atasan, mudah sangat Murai Punya Ekor nak luluskan bajet, tak kira la berapa yang terlibat. kalau melibatkan golongan tentera, makan tengahari yang berharga RM8 pun nak berkira. siap tanya lagi kalau takde aktiviti nie u all tak makan ke tengahari. apa la punya orang, keadilan dibakulsampah je.

P/S : dengar cerita golongan blackberry nak dapat broadband la plak, konon2nya kerana nak semak email semasa bermain guli orang dewasa..kah2. blackberry tak boleh ke nak semak email ? atau golongan blackberry tak tau nak guna... tiangserisungaibayu faham ke tak suruhannya ini. tuan director rasa lepas nie broadband tu akan jatuh ke tangan ahli keluarga golongan blackberry untuk bermukabuku atau lain-lain aktiviti....adios