
dalam celup-celup ke masjid bukit bertam saya belajar tauhid dan fekah dari Ustaz Md Noq yang suka berkelakar jauh lebih awal dari kelakarnya uztaz Azhar Idrus... ustaz dan uztazah dari SJKC Sin Teong Mahang, SMK Mahang, SMT Tunku Abdul Rahman P Pinang dan SM Sultan Badlishah Kulim mengajar saya tentang takutnya hidup dalam alam selepas mati bagi yang berdosa dan indahnya hidup di syorga Allah...

saya sendiri setelah 20 tahun... 1995 berbanding 2015, fizikal saya telah banyak berubah dulu 440km dari lubuk cina melaka berhujan sehingga ke bukit bertam biasa... kini 15km sangat luar biasa kesannya... tuanya saya.... tertiba rasa...

Dalam ketuaan pendekar sudah tentu dosa pahalanya banyak... minggu terdahulu dan akan datang lebih banyak lagi dosa-dosa akan tercipta... maka semakin sesaklah jalan ke neraka... ramai yang menipu tentang apa yang mereka lakukan dalam memperkasakan jajahan selama...

tertiba palitan neraka jajahan selama sedang dihias agar menyerupai syorga.... sampai bila pendekar ingin menipu hanya untuk membahagiakan demang dan punahsihat diraja... sampai bila pula pendekar boleh berharap tuaian neraka akan memberi imbalan syorga....
nampaknya tiada yang malu untuk dilihat memikul kunci syorga walaupun jalan-jalan yang dipilih menuju ke neraka akhirnya
P/S .... ada pendekar yang memang alergi dengan duit tertiba ditukarkan menjaga gedung duit jajahan selama... sudah butakah kumpulan demang dalam berkeputusan...