April 11, 2012

ilham pujangga

salam 2 all,

saya berjumaat tempohari hari sebagaimana  umat Muhammad yang lain bersama anak-anak... iki dan ama... fahim yang masih ikut-ikutan tiap kali solat di rumah meraung untuk turut diangkat bersama berjumaat. menangis fahim bukan kerana untuk berjumaat tetapi lebih kepada anak kecil yang ingin bersama bapanya ke mana-mana barangkali.

fahim amat menarik untuk diteliti perangainya, sama seperti anak-anak lain yang seusianya cepat meniru perlakuan orang dewasa atau abang dan kakaknya. solat pada usianya hanya sekadar takbir dan terus sujud kemudiannya baring, itulah anak-anak yang tiada dan belum faham akan dunia sepenuhnya.

menarik jumaat hari ini kerana tuan imam berceritakan tentang menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat dan menjadi amalan untuk kita semua... maka saya petik sebuah hadis yang disebut tuan imam hari ini yang bermaksud :

Barang siapa di antara kaum melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya.  Jika sekiranya ia tidak berkuasa juga, maka hendaklah  ia mengubah dengan lidahnya.  Jika sekiranya ia tidak berkuasa juga maka hendaklah ia mengubahnya denga hatinya.  Dan yang demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman.   Hadith Riwayat Muslim.   

tuan director masih tercari-cari kenapa manusia tidak suka untuk ditegur... alangkah baiknya kalau manusia mengalukan-alukan teguran manusia lain dalam hal-hal kehidupan dunia dan mengakibatkan hasil yang baik di akhirat. filem pendek tuan director rasanya ditonton ramai kalangan tuanpenasihatkeranaagama... barangkali ada yang kurang bersetuju dengan medium filem pendek ini sebagai cara mendidik warga jajahan selama bertingkahlaku.

tuanpenasihatkeranaagama memberi hujah bahawa filem pendek tuan director memaparkan fitnah dan menjatuhkan maruah tuanpenasihat, tuanpunahsihat dan tuanpunaisihat jajahan selama. ini lah masalah dengan tuanpenasihatkeranaagama jajahan selama yang beranggapan hanya mereka sahaja berupaya dan mampu menasihati warga jajahan. agaknya mereka  lupa dan alpa dengan suruhan agama  dan akibatnya sebagaimana yang dikisahkan tentang kehancuran kaum Yahudi Bani Israil seperti yang dirakamkan di dalam surah Al-Maidah Ayat 78 hingga Ayat 79 yang bermaksud :

Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lidah Nabi Daud dan Nabi Isa putera Maryam. Demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka saling (satu sama lain) tidak melarang tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.  Al-Maidah: 78-79.

 Sementara dalam ayat Ar-Rum : 41, ingatan berikut pula diberikan ... telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). 

tuan director bukan ilmuan islam namun sedikit sedar sekiranya tiada siapa di jajahan selama yang ingin menyeru kebaikkan dan mencegah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan tuanpenasihat yang bersemayam di koridor kuasa jajahan selama, dikhuartiri akan berlaku pula akibat yang dijanjikan Sang Maha Pencipta terhadap hambanya. ada baiknya kalau filem pendek ini juga umpama nyanyian Arwah ismail Harun yang bait-bait liriknya memberi ingatan kepada golongan muda akan tanggungjawab mereka terhadap  persekitaran mereka



 P/S : Dengar cerita 3abdul2 ingin juga bersemayam di koridor kuasa.... apakah tinggal di reban kambing utama tidak memberi kepuasan tido dan diulit mimpi ghairah.... saat kambing-kambing dicatu itu dan ini oleh Kumpulan Murai Punya Ekor atas alasan berjimat cermat.... Tiangserisungaiseputih pula mengorbankan khazanah jajahan hanya kerana ingin memuaskan hati tuanpunaisihat jajahan selama.... adios amigos

April 02, 2012

WE LOVE JS

salam 2 all,

cinta tentu mengasyikkan bagi manusia,  barangkali selepas otak yang berakal dan nafsu yang mengila.... cinta pada tuan director berdiri dalam ruangnya yang tersendiri. tuan director cuba mencari maksud cinta, maka carian dengan alat menyelam google menemui beberapa maksudnya


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …hehehehehe nie cik kiah asal bachok punya cakap

Cinta adalah mengambil berat tentang orang lain. Iaitu sentiasa menerima seadanya seseorang itu walau apa jua keadaannya bukan kerana kelebihannya sahaja. Cinta adalah segalanya.cinta hadir tanpa diundang..keikhlasan rasa cinta membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri kita. kerana cinta itu memberi sejuta rasa, tidak keterlaluan jika aku katakan cinta itu anugerah yang tidak terhingga.... nie plak alisa mai sara dari kg kerat telunjuk punya makna.

jamal pak tongkol dan aloha seri muka telah membuat tinjauan rambang terhadap tahap cinta tuanpunahsihat dan pang5perang terhadap jajahan selama. aktiviti mengendap, skodeng, merakam dan menemubual beberapa askar yang boleh dipercayai ini menunjukkan tahap cinta mereka terhadap jajahan selama sangat la tinggi.

tuanpunahsihat pertama melafaskan rasa cintanya dengan membuat permohonan kepada jajahan selama untuk membeli kuda hitam kesayangannya dengan harga 20k sedangkan harga sebenar 48k.... sayang sungguh tuanpunahsihat nie kat jajahan selama...

tuanpunahsihat kedua menyatakan rasa cintanya kepada jajahan selama dengan datang lewat setiap hari dengan alasan sentiasa sibuk dengan temasya ghazal partinya tiap malam..... cinta bangat sama jajahan selama

tuanpunahsihat ketiga lebih hebat dalam menyatakan rasa sayangnya sama jajahan selama dengan membiarkan sahaja jajahan ulu selama dibina dengan kertas tandas sedangkan reka bentuk awal mengunakan kertas cardbord. kah23 apabila ditanya tentang jajahan ulu selama yang teruk ... terus mengatakan adalah lebih orang yang berkata itu mencurahkan minyak gas ke badannya dan dinyalakan api .... itulah tanda cintanya terhadap jajahan

tuanpunahsihat keempat lebih tinggi rasa cintanya pada jajahan selama. bukti cintanya dengan meniru satu persatu kerja berkumpulan sang pujangga dan menempekkan nama sendiri terhadap hasil karang mengarang tersebut dengan harapan nama jajahan selama harum semerbak umpama kerja-kerja alam flora.... ini lah rasa cinta tempe i.... kah23


p/s : cinta umpama sambal belacan..... tiangserisungaiseputih melafaskan cintanya terhadap jajahan selama dengan melantik kawannya yang handal dalam bidang pembiakan kulat mengetuai markas ke-3 taktik peperangan jajahan selama... kena sungguh pilihan tersebut sehingga pantun ini dikirimkan....    
buah cempedak diluar pagar... 
amik galah tolong jolokkan... 
ala takkan baru sedar... 
 ehhhh takkan nak kena ajar... adios amigos