December 31, 2010

selamat tahun baru...kalau betul nak selamat

salam 2 all,

kira2 62 minit lagi akan muncul tahun baru masihi 2011 dan 25 hari lepas kita menyambut tahun baru hijrah 1432. sambutan tahun baru bagi sesiapa sahaja adalah berkaitan dengan azam dan keinginan untuk mencapai yang terbaik untuk tahun tersebut. tuan director berdoa agar tahun baru yang dihadapi akan memudahkan amalan dan rezeki serta sudah tentu ketaatan terhadap Yang Esa.

lazimnya kita akan mendengar pemimpin jajahan melaung-laungkan bahawa kehidupan akan berubah dan warga jajahan akan nikmati pembaharuan saban tahun baru. dan kegilaan berjanji pada zaman tok empat tiangserisungaibayu tiada tolok bandingnya. tiada tok empat sebelum ini yang membuat majlis tahun baru dan berjanji bulan dan bintang kepada warga jajahan tentang perubahan dan penambahbaikan yang akan mereka alami kecuali tiangserisungaibayu.

apa yang tak dijanjikan kepada warga jajahan. buka la makalah jajahan, jengok la teks ucapan yang berulang kali dicetak, belek2 la warkah eletronik yang berada dalam maya persada. semuanya tercatat janji-janji tiangserisungaibayu. sekiranya dikira yang besar2, tahun pertama ada lapan janji, tahun kedua 2 janji dan tahun ke3 entah berapa plak janji. sekiranya dipecah kepada janji2 kecil, berapa ratus plak janji berkumandang di jajahan selama.

sekiranya semua janji2 ini dituntut oleh warga jajahan selama, berapa tanggungan tiangserisungaibayu agaknya untuk pertanggungajawaban yang belum tertunai. congak la dengan mudah kalau kita pukul rata janji yang dibuat dalam kisaran seratus dikali dengan 1600 warga jajahan. tanggungjawap janji yang dibuat berjumlah 160 ribu... hahahahahahaha tu kalau seratus, cuba bayangkan plak janji untuk 14 ribu kambing baka tempatan yang pernah dibuat... tuan-tuan kira lah sendiri.

hahahahahaha... berapa pun janji yang dibuat.. warga jajahan takkan peduli, yang penting kehidupan warga jajahan terjamin dan berubah bertambah baik. janji la selagi terdaya kalau benar ingin ditunaikan. kalau pun tidak takut terhadap manusia yang diberi janji cuba la untuk merasa malu terhadap mereka apabila janji dimungkiri. kita semua akan tua juga satu hari nanti... tua bermaksud semakin dekat dengan kematian... natijahnya lu pikir la sendiri

ingatlah bahawa semua janji akan dituntut dalam pengadilan agung. tiada yang tidak akan ditanya. tuan director bukan pun warga yang terbaik dalam membuat ingatan ini. cuma sebagai hamba.. tuan director sudah acapkali dalam pembikinan filem pendek ini mengingatkan pemimpin jajahan. ingatlah pesanan penghulu agung kita... permulaan kepimpinan adalah kegembiraan.. pengakhiran kepimpinan adalah kedukaan. selami dan fahami lah bait-bait tersebut agar kita tidak khilaf dalam berjanji sebagai pemimpin.

memandangkan bahawa tahun depan adalah tahun terakhir kontrak tiangserisungaibayu, .... janji tahun baru hijrah dan masihi sepatutnya lebih kepada keazaman untuk menunaikan semua janji 3 tahun sebelum ini. jangan lah berjanji untuk membuat itu dan ini lagi untuk tahun baru. tuan director takut janji terbaru akan menambah lagi beban untuk seorang yang sudah pun menghampiri usia senja dalam kitaran kehidupan... maka gunalah mata hati sekurangnya untuk tahun terakhir ini.

P/S: tuan director mengingat tiangserisungaibayu tentang kewajipan untuk keadilan yang belum pun ditunaikan, hanya ada lapan bulan lagi. jangan sia-siakan peluang untuk menyelesaikan tuntutan keadilan dalam kes simpang seranang tuanpunahsihatsiparangkontot... terhadap tuan director, takut-takut nanti penyesalan lewat akan mengekori diri tiangseri sehingga ke akhir hayat.... adios dan selamat tahun baru

December 27, 2010

hanya tuhan yang mampu menyelamatkannya

salam 2 all,

tuan director selain tugas hakiki sebagai pengarah dan penerbit filem pendek jajahan selama, ada juga terlibat dengan simulasi perang sekali sekali diluar jajahan. di jajahan selama dah lama tuan director diharamkan oleh tuanpunahsihatsiparangkontot untuk terlibat... tiangserisungaibayu pun bersetongkol dengan tindakan tuanpenasihatnya.

ramai peminat yang berminat dengan kaedah simulasi perang tuan director sering bertanya bila nak buat simulasi perang untuk warga jajahan. hahahahaha... jawapan yang standard ialah kalau orang tak jemput takkan la kita pipi tersorong-sorong. so pada pertanyaan ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan tuan director dalam mana-mana segmen simulasi perang... kita tunggu la sampai tuanpunahsihatsiparangkontot dan tiangserisungaibayu mati skim... selepas itu mungkin lah akan muncul tuan director dalam mana2 segmen simulasi perang.

tuan director terfikir sejak bersembang dengan beberapa kawan-kawan tentang kenapa jajahan terus dirundung nasib malang. jawapan pertama... kepimpinan yang lemah, bak pepatah lama cina, ikan akan mula busuk dari kepalanya. ini merupakan tumor kepada jajahan kerana hampir semua anggota Murai Punya Ekor merupakan sekumpulan tukang sorak sahaja kepada kepimpinan tiangserisungaibayu. tuan director cuma meletak harapan kepada 3abdul1 dan 3abdul3 sahaja. namun kedua2nya pula dirundung masalah kesihatan sejak dua menjak ini. kalau kedua-dua sedikit berani menghentak meja mungkin kepimpinan jajahan akan bertambah baik.

tuanpunahsihatsiparangkontot memang takleh diharap kepimpinannya. tuanpanasihatadamasyuk pula mungkin takkan berani mengatakan tak kepada siparangkontot kerana sentiasa diberi peluang menunggang kuda hitam baka tempatan bersama-sama. tuanpenasihatenjinnyior yang kelihatan garang pula masih bergelumang dengan kegagalan untuk menyiapkan hatta landskap jajahan sekalipun. sementara tuanpenasihatkhutudkhanah mungkin lebih sibuk mengukuhkan kedudukan dalam kelab Murai Punya Ekor sendiri. 3abdul2 yang paling junior dalam kelab mungkin takkan memberi apa-apa sentuhan ajaib memandangkan telahpun gagal semasa menjadi ketua kem di jajahan kelang.

kepimpinan yang tidak berubah cara dan tindakannya takkan mampu untuk mengubah jajahan selama untuk lebih baik pada masa depan. tuan director masih mengatakan bahawa mereka yang gagal memimpin jajahan sejak 10 tahun dulu sepatutnya tidak lagi diberi peluang untuk memimpin jajahan hatta untuk barang sehari lagi pun di jajahan. kadang-kadang pelik bin ajaib bagaimana orang yang menyalahgunakan kuasa, kemudahan dan menyebabkan kerugian terus diberi peluang dan kenaikkan pangkat pula di jajahan selama.... agaknya inilah manusia akhir zaman

kepimpinan jajahan kadang2 dilihat seperti ingin berubah... cuma pada tuan director perubahan yang dibuat hanyalah umpama seorang pesakit kulit diberi pakaian baru sahaja. pertukaran baju takkan mengubah tuanpunya batang tubuh. kegagalan bukan kerana pakaian tetapi penyakit yang ada pada batang tubuh diri yang perlu dibuang. tuan director umpamakan kepimpinan jajahan umpama umpama batang tebu yang telah berulat ruasnya. potong la ruas yang rosak sebelum seluruh batang tebu tidak mungkin dapat dirasai kemanisannya kelak. lu pikir la sendiri brader!!!!!

perkara kedua ialah mewariskan kepimpinan. ingatlah apa yang dipesan junjungan besar kita tentang keperluan menguatkan barisan pemuda pemudi kerana merekalah yang akan menentukan kemajuan/kemampuan ummah yang akan datang. kepimpinan jajahan selama yang melantik manusia lemah disekeliling mereka kerana ingin diri mereka dilihat kuat telah melakukan dosa yang paling berat untuk masa depan jajahan selama. tuan director melihat kecenderungan melantik dan menaikkan pangkat kaki ampu dan bodek menyebabkan jajahan selama akan terus tenggelam pada masa depan.

ingatlah berapa ramai pemimpin yang gagal dan dihukum sejarah kerana gagal memilih pelapis pemimpin masa depan yang cemerlang, berapa pula kerajaan yang runtuh kerana kepimpinan waris mereka yang lemah . jajahan selama nampaknya dalam jajaran tersebut, pelapis yang dilihat mampu menjadi pemimpin masa depan jajahan telah lama disembelih kononnya kerana menentang kepimpinan kini. kaedah tuba dan cantas sebenarnya menyebabkan hanya tunas2 kepimpinan yang lemah akan kekal memimpin untuk generasi baru jajahan nanti.

tiada lagi upaya untuk jajahan bangun dan bangkit sekiranya ini lah bentuk kepimpinan yang memusuhi idea baru, tenaga baru, seruan baru, kreativiti baru, suara di luar kotak pemikiran yang luar biasa. takkan bersinar jajahan selama sekiranya kepimpinan pelapis yang cemerlang dituba dan dicantas hanya kerana perbezaan pendekatan dengan kepimpinan kini. akhir kalam sekiranya kelab eksklusif Murai Punya Ekor masih dengan pendekatan kepimpinan jumud hanya tuhan yang mampu menyelamatkan jajahan selama.

p/s : tuan director mendesak 3abdul3 yang baru pulang dari berjogging di negara siam menyiasat bagaimana kemnya telah mengadakan simulasi perang bersekali dengan acara membeli belah tanpa kelulusan kelab Murai Punya Ekor. hahahahaha siasat juga bagaimana warkah tipu-tipuan 3abdul3 jajahan penyu menangis digunakan sebagai tempelan untuk mengelirukan kepimpinan jajahan selama. siasat angkara siapa sehingga belanja puluhan ribu digunakan untuk xtvt semulasi perang haram ini.... hahahaha adios

December 22, 2010

spotcheck kandang kambing

salam 2 all,

kalau zaman sekolah pemeriksaan mengejut banyak dibuat oleh guru kerana adanya laporan bahawa terdapat pelanggaran peraturan oleh pelajar yang memerlukan tindakan segera. ataupun satu rutin agar pelajar sentiasa patuh kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa di sekolah. operasi sebegini bagi pelajar seperti saya umpama permainan antara tikus dan kucing sahaja. hari malang kucing terlepas tikus, hari malang tikus ditangkap kucing.

ketika di sekolah teknik penang, pemeriksaan rutin berlaku ketika perhimpunan setiap pagi, jangan beranggapan bahawa pemeriksaan tersebut kita terlepas akan terlepas sepanjang hari kerana kalau nasib tak baik akan ada pemeriksaan di kelas pada bila-bila masa. berkasut tak berstolking salah, stolking berwarna hatta sepalit warna salah, berstolking pendek salah. kalau zaman saya yang rock kapak berleluasa, seluar ketat dan singkat mungkin mengundang guting guru membelah kaki seluar tersebut.

pelajar perempuan pun sama. pakai rantai tangan salah, rantai leher pun akan diselak tudung oleh guru untuk diperiksa. tak pakai kain dalam pun salah, kain singkat sikit pun salah. macam-macam idea juga diperbuat pelajar untuk terlepas. seluar simpanan dalam beg, buku ditebuk ditengah-tengah untuk menyimpan barang larangan seperti rantai, rokok sebatang yang menjadi kebanggaan dan pelbagai lagi.... kalau terlepas satu kepuasan pulak.. kalau tertangkap mungkin dijulang sebagai hero.. hahahahahaha.

tuan director terkejut selang sehari lepas. tiangserisungaibayu bersama gerombolan penasihatnya menerjah ke salah sebuah kandang kambingnya. ahli Murai Punya Ekor terkedik-kedik mengikut tiangserisungaibayu memeriksa setiap ceruk kandang kambing... dengar cerita, aksi ini lanjutan Mesyuawarah Peladang Perternak telah mewarkahkan berita tentang kedaifan kandang kambing mereka kepada tiangserisungaibayu.

kah23 nak tergelak pun ada apabila mengenang terjahan ini, kerana 7 purnama atau lebih yang lepas tiangserisungaibayu telahpun menerjah kandang kambing yang sama... dan hasil intipan oleh jamal pak tongkol, ini mungkin kali yang ke 3 atau 4 terjahan dibuat terhadap kandang kambing tersebut... akhirnya wak asal balik asal... tiada perubahan pun

lanskap kandang kambing umpaman kubur sahaja... pokok yang ada cuma kemboja yang sesuai ditanam di kubur kerana kekuatannya untuk kekal hidup tanpa jagaan. dek kerana terjahan terbaru yang turut dihadiri tuanpenasihatenjinnyior, maka beberapa pasu pokok yang tidak dimakan kambing turut ditempatkan segera, namun kosmetik segara ini tidak pun dapat menghilangkan kedut-kedut tua kandang kambing bahkan menambahkan lagi kekuburan lanskap kerana sekali lagi tumbuhan senonim kubur ditempatkan iaitu puding... tuan director cadangkan letak sahaja replika nisan, heheheheheehe mungkin elemen seram akan lebih berjaya dibentuk berbanding filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang hangat di pawagam kini.

tiangserisungaibayu boleh menyatakan kekecewaan, kekesalan dan sudah tentu sepanjang terjahan tersebut membebel itu ini, namun percayalah, semua itu rutin yang difahami seluruh warga jajahan. itu lah tingkahlaku tiangserisungaibayu apabila menerjah ke sana sini. akhirnya tiada juga langkah konkrit yang diambil. cuma ingin bertanya kalau betul-betul serius ingin membangunkan kandang kambing peringkat antarabangsa, mana kertas cetakan birunya, mana dasarnya, siapa pelaksana yang diamanahkan, mana pula kumpulan pemantau yang akan melaporkan perkembangan dan kemajuan dasar yang dirangka lebih awal.

eh..eh..eh..eh tuan director mana layak mengajar tiangserisungaibayu tentang pengurusan... sepanjang terjahan dikhabarkan diiringi juga oleh 3abdul2... yang menjadi kokokan iringan yang menyuruh tukar itu dan ini, dan ada juga penditapengurusan yang diculik dari jajahan utara turut bersama.... semua tu kumpulan cakap-cakap sahaja yang lebih... selagi tiada pengurus projek... terjah la berapa kali pun.. setakat membawa tuanpenasihat yang sering bercerita tentang parangkontotnya, terjahan tinggal terjahan sahaja la gamaknya.

paling kelakar tuan punya kandang kambing pun takde... dengar cerita sedang berjogging di negeri siam.... tempat sejuk plak tu. takkan wakil pun takde... pang5besarchahketing takkan tak tahu ada terjahan.. mana plak pang5perangkhas... takkan pang5perangsenyumsokmo pun tak hadir... ini dah kes terjah masuk rumah orang tanpa izin... patutlah tuan rumah pun tak tahu... tapi kalau tahu pun apa nak buatkan... kandang kambing suasana kubur ini bukan baru... dah lama sangat... hatta tempat makan kambing pun dah hampir setahun ditutup.

p/s : mana pergi pang5perangkeamanan... dengar cerita cabut lari waktu malam... apamacam tuanpunahsihatsiparangkontot... yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. dengar cerita kedua2 pang5perangkeamanan dah cabut ... ini lah bentuk pengurusan kebun durian yang ketinggalan zaman... nampaknya unit mata tunas kena la dibaikpulih..takpun diganti baru... apapun tuanpunahsihatsiparangkontot dah macam ayam tak dapat tangan pulak berbau tahi.. adios.

December 15, 2010

wikileaks....jajahan selama

salam 2 all,

semalam kelam kabut tuan director cari jamal pak tongkol (JPT), sejak dua menjak nie, JPT macam ada usahakan sesuatu yang rahsia je. Aloha Seri Muka (ASM) pun sama, macam nak sembunyikan diri... dah tak galak untuk bersembang. siasat punya siasat rupa-rupanya depa dok diam-diam baca wikileaks. fuhhhhhhhhh bahasa inggeris tu, memang susah nak faham ... tengah malam baru depa citer... dasyat juga citer JPT n ASM nie.

depa kata wikileaks berjaya pintas kabel diplomatik antara jajahan selama dengan Kumpulan Perfileman Tayang Menayang... termasuk la komen tuanpenasihat jajahan kelang bersama jajahan serdang... antara isu hangat yang berjaya digodam ialah

1. Peneraju Kumpulan Perfileman Tayang Menayang sangat berbulu dengan tiangserisungaibayu yang melobi berterusan nak jugak 3abdul2 dari jajahan kelang. komen paling negatif yang dibuat bahawa tiangserisungaibayu tidak teragak-agak mengunakan semua rangkaian kenalan untuk memaksa Kumpulan Perfileman Tayang Menayang memenuhi kehendak dirinya. Namun komen paling buruk yang dibuat menyebut Tiangserisungaibayu akan terus diselubungi perasaan bersalah kerana kegagalannya membangunkan jajahan selama

2. Jajahan kelang dalam kawat diplomatik kepada Kumpulan Perfileman Tayang Menayang menyebut bahawa semua warga jajahan sangat gembira kerana akhirnya Jajahan Selama memungut warganya untuk diangkat sebagai 3abdul2 walaupun telah terbukti selama berjuang di jajahan kelang... 3abdul2 tidak pun disukai oleh kemnye sendiri. 3abdul2 sendiri telah meninggalkan medan perang cuma setahun selepas dilantik sebagai ketua kem di sana kerana sering bergaduh dengan seluruh ahli kemnya. jajahan Kelang juga mengingatkan bahawa hukuman menanti 3abdul2 kerana meninggalkan jajahan kelang tanpa kebenaran menuju jajahan selama.

3. sementara satu lagi kawat dari ahli tetap LuncaiPunyaUntung menyebut betapa kecewanya mereka kerana sebelum ini dalam pemilihan tuanpendita jajahan... mereka telah menolak untuk melantik 3abdul2 sebagai pendita jajahan sebaliknya sekarang orang yang ditolak dahulu, kini menjadi sebahagian ahli tetap LuncaiPunyaUntung...( kah23 inilah lawak paling kualiti jajahan selama )

4. komen dari tuanpenasihat yang dipintas pulak macam-macam la tentang 3Abdul2 nie, hahahahahaha. tuanpunahsihatsiparangkontot kata ' hahahahahaha nasib la... aku dah nak pencen' . seorang penditatua pula kata ' aku kenai sangat 3abdul2 nie sejak muda... mampuih la hangpa'. seorang dari 3abdul pulak kata ' nie la bala yang tiangserisungaibayu bagi kat kita'

hahahahaha tu la lebih kurang kebocoran maklumat yang berjaya dibuat wikileaks jajahan. nasihat tuan director kepada tiangserisungaibayu, cepat-cepat siasat siapa dalam koridor kuasa yang dah bocorkan maklumat kepada JPT n ASM. mungkin tuanpenasihatlabah2 perlu meningkatkan kekuatan saranglabah2 agar tidak koyak ditiup angin wikileaks jajahan

P/S : Kuda hitam baka tempatan mana plak nak diberi tunggang oleh pang5perangtanggukikan kepada 3abdul2 yang baru.... bukan apa.. takut nanti mengamuk plak 3abdul2 kerana kuda hitam yang sepatutnya tunggangannye diberitakan masih ditunggang mantan 3abdul2. hahahahaha lawan tetap lawan mantan 3abdul2. selamat kembali sebagai cendikiawan... buktikan kepada tiangserisungaibayu anda bukan cendawan... adios

December 08, 2010

tiba2....islam dan melayu

salam 2 all,

selamat menyambut tahun baru hijrah..tuan director mengingatkan diri bahawa tahun baru ini menandakan bahawa banyak lagi filem pendek yang perlu diarah untuk kesedaran diri sendiri dan memberi kesedaran kepada khalayak penonton semua. sekurangnya kalau sedikit perubahan yang baik berlaku di jajahan selama hasil garapan filem tuan director, itu sudah cukup memadai dengan usaha yang dibuat.

tergerak hati untuk turun ke semulasi perang untuk mendengar tuanpendetabukanindia berbicara tentang melayu dan islam. hahahahahaha turut sama tiangserisungaibayu yang beberapa purnama lepas telah menghantar surat berantai mempertikaikan konsep kedaulatan melayu ( malas nak guna ketuanan melayu ) kepada seluruh warga jajahan selama.

tentu sahaja tuan director bersetuju tentang program islam dan kedaulatan melayu di jajahan selama. tiada bangkangan langsung. mengenali tuanpendetabukanindia, sejak di jajahan lain lagi dia sentiasa tetap pendirian tentang hak melayu dan islam, mana2 semulasi perang seluruh buana ini menyanjung daya cendikiawannya berbicara tentang islam dan melayu, berpuluh bahkan beratus kenyataannya mempertahankan kedaulatan islam dan melayu.. tiada dapat disangkal lagi.

kah23.... cuma nak tergelak bila terselit dicelah-celah semulasi perang itu seorang insan yang tidak nampak pun selama ini menyokong kedaulatan melayu dan islam di jajahan selama. tiba-tiba berteriak sakan seolah dirasuk jembalang tanah mengelupur menghembur kata mengajak warga jajahan menentang meraka yang cuba mempertikaikan kedaulatan islam dan melayu. terpinga-pinga warga jajahan yang cuma beberapa kerat yang hadir itu.... tuan director juga hampir nak pengsan... hebat betul lakonan tiangserisungaibayu memainkan peranan konon2nye sebagai pejuang kedaulatan islam dan melayu.

ini persoalan yang perlu dijawap oleh tiangserisungaibayu kalau ingin warga jajahan menyokong isu kedaulatan islam dan melayu. pertama apakah program-program penerapan nilai islam dibuat secara bersungguh-sungguh dijajahan selama. hahahahaha kalau dulu ada perarakan maulidil rasul... sekarang bagaimana... apakah program yang dibuat untuk makmurkan surau yang conet tet itu. kalau solat zuhur pun satu saf pun tak penuh ... macam mana nak lawan pencabulan terhadap islam... berapa banyak program islam dibuat... hinanya islam bila program islam dibuat waktu rehat tengahari.... hahahaha islam agama rasmi ke kalau macam ini amalan jajahan selama.

tuan director nak pesan skit kat tiangserisungaibayu ... buat la program penerapan islam bersungguh2, wajibkan kehadiran warga secara bergilir-gilir mengikut kem2 dijajahan. perancangan dan pelaksanaan program islam wajar dibuat dengan tekad yang kuat. jangan jadikan kehadiran dan program sebagai kosmetik kepimpinan sahaja. kalau pelaksanaan islam dibuat secara bersungguh... nescaya Allah beri banyak lagi kemakmuran dan diangkat lagi jajahan di mata alam buana. ingat lah mereka yang menolong agama Allah ... pertolongan Allah akan sentiasa dekat dengan mereka.

berkaitan kedaulatan melayu plak.... mana program mengangkat martabat melayu... teringat dulu apabila dianjurkan tulisan jawi dipapan penunjuk jalan jajahan selama dicadangkan PERDUJE... siapa yang menentang... agenda bumiputra jajahan selama, jawatankuasa mana yang pantau. mana program untuk kambing-kambing melayu jajahan selama. jangan la kita
bercakap berdegar2 tentang mengangkat martabat melayu... tapi kambing-kambing boer juga yang kita ternak bagai nak rak....

tuan director cuma nak cakap.... cukup2 la retorik politik murahan mengangkat diri mengunakan isu kedaulatan islam dan melayu. kalau melayu diangkat martabatnya... kalau islam disyumulkan amalannya di jajahan selama... itu lah pertanda tiada siapa lagi yang berani untuk mempertikaikan kedaulatan islam dan melayu. apabila kita kuatkan islam dan melayu... musuh gerun mengeletar untuk pertikai... tapi kalau hanya kuatkan suara... kah23 umpama anjing menyalak bukit natijahnya.

p/s : berapa ratus ribu dihabiskan untuk opera tiongkok berkumandang di jajahan selama... berapa pulak tuanpenasihatrentaktari masukkan dalam koceknye keuntungan mengimport kambing boer.... akhirnya hanya 3 ekor kambing boer je yang masih hidup... nampak sangat tiangserisungaibayu dah dikencing dek penasihat sendiri...adios