March 26, 2012

JAWAPAN KEPADA MALIM

salam 2 all,

terima kasih kepada pengomen bernama Malim atas komennya yang tertera di bawah

"Siparangkontot tu, walaupun jahat dan umur pun dah lepas magrib tetapi pandai bercatur politik, masih dapat bertakhta di tanah jajahan. Takdeke cara nak mencantasnya, wahai tiangserisungaiseputih?

3Abdul1 banyak cakap tapi tak serupa bikin. Khabarnya bawah 3Abdul1, kenaikan pangkat tidak teratur, tidak mengikut hukum dan peraturan. Ada yg tak cukup kriteria tapi dipertimbangkan. Perlu dibongkar dan digempar gempurkan perkara ini. Khabarnya ramai yg tak berani minta sebab tak cukup karang mengarang, selidik menyelidik, dan selia menyelia. Peliknya mereka yang berjawatan dan tak cukup kriteria tapi memohon diberi juga. Tolong siasat"

tuan director memberi kredit kepada pengomen filem pendek kali ini kerana menyedari bertapa takutnya rakyat jajahan selama terhadap penguasanya. ketakutan kerana ugutan tidak jelas dan tindakan berbayang zalim akan dikenakan kepada sesiapapun jua yang suka memberi komen. Jajahan Selama walau di bawah penguasa mana pun akan mengulangi tindakan penguasa terdahulu yang bersultan di mata beraja di hati. tindakan membuat komen dianggap perbuatan hina yang boleh dibuang daerah.... umpama tok guru takut yang mengulang frasa barang siapa yang bertanya maka nerakalah tempatnya... ketakutan yang menjadi azimat penguasa ulama dan umarak hina sejak zaman berzaman.


jawapan kepada soalan Malim terdapat pada hadis di bawah. maka biarlah tidur malam tuanpenasihat, tuanpunahsihat dan tuanpunaisihat  tiangserisungaiseputih nyenyak setelah mengambil iktibarnya. 

.Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!” Hadith Riwayat Bukhari.

p/s : semua percakapan dinilai dari perbuatan, tentu sahaja janji 3abdul1 dan tiangserisungaiseputih akan ditagih ketika hari perhimpunan yang tiada hijab antara kita. naiklah pangkat dengan jalan salah, turunlah pangkat dengan jalan salah.... kita buat kita jawab.... maka benarlah penulisan zabaa... perangai bergantung pada diri sendiri     marilah kita menjadi hambaNya.... adios amigos

March 20, 2012

JENERAL TANPA ASKAR

salam 2 all,

zaman kanak-kanak saya, antara permainan yang menarik ialah bermain perang-perang, permainan yang budak-budak perempuan tak berpeluang sertai. bermain perang olok-olok rupanya sangat membentuk peribadi kepimpinan apabila kita dewasa.

selalunya permainan bermula dengan menubuhkan pasukan yang terdiri dari tentera dan ketua. tentu sahaja cerita perang zaman tersebut iaitu combat memainkan peranan cukup besar untuk bermain. pasukan lemah selalunya pasukan tentera jerman dan pasukan kuat tentunya pasukan yang diketuai vic morrow. ketika itu tak jumpa ipod atau ipad untuk bermain fruit ninja atau angy birds yang mengujakan anak-anak saya.


permainan perang ini bermusim sesuai dengan musim-musim yang ada ketika itu, kalau musim sawah kering permainan perang sekitar bendang mengunakan selut atau lumpur sebagai peluru sudah cukup menghiburkan. kalau musim buah cepelung ( nama kat kampung saya) kami buah senjata guna buluh cina dan pelurunya buah cepelung. kalau musim hujan kami main dengan senapang kayu berpelurukan biji kopi dari kebun orang kampung. bila semakin remaja pelurunya boleh jadi biji getah atau pelepah bemban. laju peluru setanding dengan painball.

kalau musim raya puasa main perang-perang boleh menjadi sangat bahaya kerana selain berperang mengunakan meriam buluh atau tanah, semua jenis mercun berbunyi menjadi senjata. mercun terbang (roket) boleh menjadi senjata yang sangat menakutkan  dan menghiburkan. kalau kanak-kanak yang main perang-perang cukup dengan pistol api yang berbunyi letupan kecil mengunakan pita kertas dan belerang.

tuan director sempat meneliti pembentukan rejimen baru dan lama jajahan selama yang heboh diperbualkan. pada tuan director ini cuma skrip lama yang tidak menjadi, sama sahaja dengan proses tukar butang baju yang diperbuat tiangserisungaibayu dahulu. kalau pun berubah cuma kali ini rejimen disusun lebih seimbang namun dari segi fungsinya masih berterabur seolah sedang menempa kegagalan berperang.

kelakar pun ada apabila ada rejimen yang pang5perang pun tak ada, jangan ditanya tentang jeneral, kerana ada rejimen askarnya pun takde, tinggal jeneral sorang-sorang buat kerja. dah sama dengan teka teki kenapa dol said kalah perang di naning.... dek kerana apabila disuruh serang tetapi disebut sorang, maka sorang-sorang la dia berperang.... hahahaha.

7 purnama sudah berlalu, apa perubahan yang berlaku tiangserisungaiseputih oooiiiii, umpama tidur berselimut pendek, tutup dada nyamuk gigit kaki, tutup kaki pontianak gigit dada. serba tak kena dibuatnya. tuan director dah lama bagi kuliah kepimpinan kepada jajahan selama... kalau pang5perang atau lebih tepat lagi tuanpenasihat ingkar arahan baik dipancung sahaja. pang5perang yang gagal mengawal askar atau tidak berani dan ingkar harus dicantas... sila baca seni peperangan Sun Tzu    


kegagalan terbesar dari dulu hingga kini jajahan selama apabila tuanpunahsihatsiparangkontot dikekalkan, lebih malang lagi apabila tiangserisungaiseputih pun sama dengan tiangserisungaibayu berjaya dikelentong oleh tuan-tuan punasihat. Jamal Pak Tongkol pun mula berbisik bahawa 3abdul1 sudah mula jinak dengan mandrum siparangkontot.... nampak gaya sejarah berulang lagi.... mana janji 3abdul1 untuk menegak integriti seperti yang dilaung-laungkan apabila bertemu semua pang5perang sepurnama lalu... takkan karya buku Hamka bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk sudah mula hilang kesan dalam jiwa 3abdul1 apabila dimandrum dek jawatan dan semburan air liur siparangkontot... hahahaha


P/S  dengar cerita berpencak silat siparangkontot nak kekalkan pang5besartanggukikan di rejimen lama, tiangserisungaiseputih apa komen tentang keingkaran ini, takkan hanya berpeluk tubuh umpama guru silat sahaja.... tunjuk la buah tok guru, baru pang5muda semua yakin dan percaya untuk bernaung di bawah tuan hamba... apa pun kalau rejimen cuma ada jeneral pun tak berguna.... kata orang nogori buek perabih boghes je... adios amigos   

 

March 12, 2012

PCL 7236

salam 2 all,

kebelakangan ini memikirkan tentang kesenangan hidup lantaran gaji yang agak lumayan terasa sayang sangat dengan kenderaan lama saya. PCL 7236, merupakan sebuah model proton yang dipertingkatkan dan diberi nama iswara. saya membelinya dari adik saya saiful barangkali pada tahun 1999, umur kereta tersebut ketika itu sudahpun 6 tahun.

saya beli dan kemudian dipasang enjin terpakai magma 1.3 mitsubishi dan mengecatnya dengan warna yang saya sendiri tidakpun kenali kerana saya buta warna mengantikan warna asalnya putih. tahun 2000 saya buat pembiayaan semula kereta ini untuk membiayai pengajian master di UPM. tahun 2003 enjin kereta ini mengalami kepanasan melampau di rawang dan terbang pula 1k untuk memasang enjin proton 1.5. tahun 2006 barang kali kerana ada sedikit wang, saya warnakan kereta ini dengan warna toyota avanza, kali ini saya tak salah memilih kerana saya membawa risalah kereta toyota ke bengkel mengecat untuk pastikan kebutaan warna saya tidak mengulangi kesilapan lalu.

tahun 2011 saya serahkan kereta ini kepada abang saya untuk digunakan dengan harga cuma 7% daripada harga asalnya dulu. memakai kereta terpakai ini selama 12 tahun merupakan pengalaman yang sangat mengujakan. tahun 2002 ketika perjalanan balik ke selama untuk menziarahi arwah bapa yang sedang sakit dikampung, puasa saya dan orang rumah hampir terburai dibuatnya. cuaca panas ketika ramadhan ditambah lagi pendinginhawanya yang rosak ketika itu memang menduga betul ketahanan untuk berpuasa, nyaris2 puasa dibuka tengahari ketika melalui manong, kuala kangsar.

namun kenaikan pendapatan membenarkan saya memiliki kereta baru tahun 2006, WNA 7236 dan pada tahun 2011 saya berupaya pula membeli WVU 7236. walaupun mampu memiliki 2 buah kerata baru, cabaran dan pengalaman mengunakan PCL 7236 tetap melekat dalam kenangan.
  
agak keras fikiran tuan director memandangkan sudah agak lama tidak menukilkan sesuatu dalam alam maya ini. sekiranya dibilang kesibukkan berbanding luang diri yang ada mungkin tiada langsung  sebab musabab untuk tidak mengarahkan filem pendek. tempoh rehat yang panjang sebenarnya digunakan sepenuhnya untuk penghasilan skrip berkualiti tinggi.

pertukaran pemain watak dalam filem pendek ini tentunya membuat tuan director terfikir dan berfikir bagaimana watak ini akan dikembangkan. percayalah bahawa watak seseorang pelakon tidak akan berkembang dalam waktu pendek, namum 6 purnama watak tingserisungaiseputih dipegang mula memberi bayang-bayang tindakannya dalam purnama mendatang.

tuanpunahsihatsiparangkontot yang begitu lama berlakon tentu dengan mudah dapat mengencingkan pelakon2 baru terutama  dalam bab mendapatkan imbuhan untuk dirinya, dengar khabar kuda hitam yang dulunya milik jajahan selama telah diberi kepadanya sebagai imbuhan tutup mulut atas semua kebijatan tuanpenasihat yang lain. hahahahahaha kuda hitam umur 2 tahun dalam harga pasaran mungkin dalam 48k tetapi kalau beli dengan 20k, mana mungkin amanah telah dipikul dan terlaksana. kalau dibuat lelongan terbuka nescaya kuda hitam tersebut dengan harga 20k rasanya semua tentera jajahan akan memasuki lelongan. mana pergi agaknya otak tuan-tuan penasihat dalam memastikan jajahan selama tidak kerugian dalam urusan lelongan.

cuba tanya dengan pang5perang yang pernah kehilangan barangan jajahan selama, berapa mereka perlu bayar untuk kehilangan harta tersebut, tentunya dengan harga asal bukan. kebodohan inilah yang menyakitkan kepala tentera jajahan. apabila ditanya kenapa tuanpunahsihatsiparangkontot mendapat imbuhan dalam bentuk kuda hitam tentu tiada siapa yang dapat memberi jawapan hatta pang5besaradamasyuk yang cukup pandai mengirapun akan tahu ianya merupakan kerugian. kalau 20k saja harganya yang dapat bukan kuda tetapi kaldai sahaja...

sudahlah diberi kuda hitam dengan harga murah 20k dari harga pasaran dibekali pula dengan kuda merah yang harganya mencapai 70k. dengan keputusan bodoh dan bangang ini jajahan selama hilang 100k termasuk 10k yang digunakan untuk menukar pelana dan ladam kuda hitam sebelum diserahkan kepada tuanpunahsihatsiparangkontot, agaknya apa yang diperolehi oleh kumpulan Lu Punya Untung apabila membuat keputusan yang merugikan jajahan ini , adakah mereka diberi imbuhan berupa permainan guli dewasa atau pakej rangsangan ekonomi yang lain..... lu punya keputusan lu la jawap sama tuhan.

 P/S : ramai tentera yang gajinya hanya 1k sebulan mampu membeli kuda sendiri, bagaimana pula tuanpunahsihat yang gajinya 10k mengharapkan ehsan jajahan untuk memiliki kuda... inilah akibatnya apabila memerintah kita mengunakan nafsu sebagai neraca timbangan.  adios amigos